Kanak-kanak hilang terjatuh sungai

Kanak-kanak hilang terjatuh sungai

Kanak-kanak hilang terjatuh sungai
Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Ahmad Ammar Akhtar Tajul Azwa (gambar kecil), 7, yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Batang Kali, malam tadi. – Foto NSTP/IHSAN BOMBA

HULU SELANGOR: Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang selepas terjatuh ke Sungai Batang Kali, berhampiran Desa Alam Ria di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 7.15 malam.

Katanya, sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke lokasi kejadian.



“Berdasarkan laporan awal, Ahmad Ammar Akhtar Tajul Azwa berusia tujuh tahun dikatakan jatuh ke dalam sungai.

“Operasi menggunakan teknik ‘water surface’ di laluan sungai dengan anggaran satu kilometer dari kawasan kejadian,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Mohamadul Ehsan berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa ditangguhkan jam 11.30 malam dan disambung pagi ini.

Kanak-kanak hilang terjatuh sungai


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading