Jangan Di Pandang Sepi Peringatan Dari Yana Najib
Jangan Di Pandang Sepi Peringatan Dari Yana Najib
Sudah lebih 7 bulan Kerajaan Perpaduan yang turut didokongi oleh UMNO/BN ditubuhkan.
Juga sudah lebih dari 1 bulan Persidangan Agung UMNO (PAU) 2023 berlalu.
Sudah berdaulatkah undang-undang di negara ini?
Sudah tegakkah keadilan di bumi bertuah ini?
Baru-baru ini, presiden UMNO, DS Zahid, menyeru agar penyokong DS Najib mengasingkan soal perundangan yang dihadapi oleh DS Najib dengan PRN.
Sebagai respon, puteri DS Najib yang juga merupakan Exco Puteri UMNO Malaysia, Nooryana Najwa, berkata memang benar DS Najib masih menyokong Kerajaan Perpaduan.
Tetapi dalam masa yang sama, penyokong DS Najib yang merupakan majoriti penyokong BN dan juga rakyat Malaysia sudah semakin resah.
Bagi penulis, keresahan mereka sangat berasas.
Janji demi janji telah diberikan sama ada di pihak kerajaan, mahu pun kepimpinan UMNO bahawa keadilan untuk DS Najib akan diperjuangkan.
Tetapi realiti yang berlaku di hadapan mata kita semua adalah sebaliknya.
DS Najib masih lagi dipenjarakan, malahan beliau terus dibebani dengan pelbagai pertuduhan baharu pula.
Belum pernah ada dalam mana-mana negara di dunia, duit yang didakwa dicuri turut dikenakan cukai.
Tetapi itulah yang dituntut oleh LHDN ke atas DS Najib.
Juga belum ada dalam mana-mana negara, duit yang telah diakui dimiliki oleh sesuatu pihak tetapi pertuduhan mencuri dikenakan ke atas pihak yang lain.
Sedangkan duit yang didakwa dicuri itu sudah pun dipulangkan sepenuhnya kepada pihak yang telah diakui keabsahannya pemilikannya.
Tetapi itulah pertuduhan baharu yang dikenakan ke atas DS Najib.
Duit RM114 juta yang sudah diakui milik UMNO dan sudah pun dipulangkan kepada UMNO tetapi yang didakwa adalah DS Najib.
Keadilan untuk DS Najib jangan sekali-kali dijadikan retorik politik untuk kepentingan peribadi.
Ingat, suara rakyat adalah kuasa keramat.
Jangan Di Pandang Sepi Peringatan Dari Yana Najib
Di Syorkan Untuk Anda:
- Perancangan Mahathir Untuk ‘Membunuh’ UMNO
- Demi Survivor UMNO, Penyokong DS Najib Mesti Sokong Kerajaan Perpaduan
- Adakah Sanusi Ada Cita Cita Tinggi Untuk Kepimpinan Tertinggi PAS?