Rakyat Malaysia lewat rancang pelan persaraan

Rakyat Malaysia lewat rancang pelan persaraan

Rakyat Malaysia lewat rancang pelan persaraan
Rakyat Malaysia dilihat begitu selesa dengan kehidupan sedia ada sehingga lalai untuk mengambil inisiatif membuat pelan persaraan yang baik. – Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia dilihat agak lewat membuat peranca­ngan persaraan mereka, berdasarkan laporan Tinjauan Persaraan Etiqa 2023 yang diterbitkan semalam.

Kajian melibatkan 804 ­responden di setiap negeri di Malaysia, yang dilaksanakan susulan Tinjauan Persaraan Etiqa Singapura 2022 itu bertujuan untuk memahami persiapan, perancangan dan harapan persaraan dalam kalangan rakyat Singapura dan juga di Malaysia.

Antara penemuan utama tinjauan tersebut adalah hanya 23 peratus rakyat Malaysia beranggapan bahawa mereka dapat bersara dengan selesa.

Ia turut mendapati 46 peratus daripada rakyat Malaysia ha­nya mula merancang persaraan mereka di usia emas pada 55 tahun ke atas, iaitu hanya lima tahun sebelum umur persaraan semasa di negara ini.



Keadaan ini jauh berbeza de­ngan situasi di Singapura yang mana 51 peratus penduduk ­Si­ngapura memulakan perancangan persaraan mereka seawal usia 34 tahun, sementara hanya 12 peratus rakyat Malaysia memulakan perancangan persaraan mereka di kumpulan usia yang sama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perancangan Mahathir Untuk ‘Membunuh’ UMNO

Rakyat Malaysia lewat rancang pelan persaraan



Ketua Eksekutif Kumpulan Etiqa Insurans dan Takaful, Kamaludin Ahmad berkata, kajian tersebut merungkai sebuah kebenaran membimbangkan, yang mana rakyat Malaysia bersikap terlalu selesa apabila sebahagian besar mereka tidak membuat perancangan kewangan seawal mungkin.

“Sebagai contoh, jika seseorang beranggapan dengan ­menyimpan sehingga RM600,000 sebagai dana persaraan mereka sudah cukup untuk menampung bil perubatan, keperluan harian, kecemasan dan hal lain, mereka mungkin akan terkesima ketika ­mengetahui dana simpanan mereka mungkin tidak mencukupi.

“Pelan perlindungan insu­rans dan takaful yang memberikan perlindungan untuk penyakit kritikal, perlindu­ngan perubatan dan kemalangan diri amat penting untuk mengurangkan impak terhadap dana simpanan semasa menghadapi musibah di masa depan dan ia sepatutnya menjadi keutamaan bagi setiap individu,” jelas­nya. -KOSMO!ONLINE

Rakyat Malaysia lewat rancang pelan persaraan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS bergolak , Tiga MB PAS akan bertukar selepas PRN?



 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading