TM umum pelantikan pengerusi, GCEO baharu

TM umum pelantikan pengerusi, GCEO baharu

TM umum pelantikan pengerusi, GCEO baharu
Amar Huzaimi Md Deris.

Kuala Lumpur: Telekom Malaysia Bhd (TM) mengumumkan pelantikan Datuk Zainal Abidin Putih sebagai Pengerusi baharunya, menggantikan Tan Sri Azlan Hashim, berkuat kuasa 1 Ogos 2023.

TM dalam kenyataan berkata, syarikat telekomunikasi itu turut mengumumkan pelantikan Amar Huzaimi Md Deris sebagai Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) yang baharu, berkuat kuasa 1 Ogos, menggantikan Datuk Imri Mokhtar.

Azlan dan Imri akan melengkapkan penggal masing-masing pada 31 Julai 2023.



Menurut TM, Zainal Abidin akan bertanggungjawab untuk menyelia keseluruhan tadbir urus dan hala tuju strategik TM.

“Beliau akan bekerjasama rapat dengan lembaga pengarah dan pasukan pengurusan bagi memacu gelombang pertumbuhan seterusnya untuk TM dan mengukuhkan kedudukan pasarannya.

“Dengan pelantikan Amar Huzaimi sebagai MD/GCEO baharu, TM yakin ia akan terus berinovasi dan berkembang, membina kejayaan dan meningkatkan lagi peranannya sebagai pengupaya Digital Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Amar Huzaimi berkata Imri telah menetapkan laluan yang betul untuk TM, dengan asas yang diperkukuh daripada pemulihan dan mengejar bidang pertumbuhan baharu – mencatatkan peralihan daripada syarikat telekomunikasi (telco) kepada syarikat teknologi (techno).



“Saya berbangga menjadi sebahagian daripada perjalanan itu, dan kini, saya bersemangat untuk mengikut dan menerajui TM ke peringkat seterusnya,” katanya.

TM umum pelantikan pengerusi, GCEO baharu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS bergolak , Tiga MB PAS akan bertukar selepas PRN?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button