Bank Islam sasar saiz dana RM1 bilion

Bank Islam sasar saiz dana RM1 bilion

Bank Islam sasar saiz dana RM1 bilion
Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Perbankan Runcit Kumpulan Bank Islam Mizan Masram. – FOTO BERNAMA

Putrajaya: Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) menyasarkan pertumbuhan saiz dana RM1 bilion dan peningkatan 400,000 pelanggan baharu produk Al-Awfar, menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan – Perbankan Runcit Kumpulan Bank Islam Mizan Masram berkata selepas 15 tahun berada di pasaran, Al-Awfar menerima sambutan yang menggalakkan dengan merekodkan saiz dana berjumlah lebih RM5 bilion menerusi 1.2 juta akaun setakat Jun lepas.

“Kami yakin sasaran itu mampu dicapai disokong oleh produk Al-Awfar yang telah ditambah baik dan kempen promosi secara jerayawara yang akan diadakan di 14 lokasi di seluruh negara.



“Penambahbaikan ini merupakan penghargaan kami kepada pelanggan kami atas sokongan padu dan memberangsangkan terhadap Bank Islam dan Al-Awfar selama ini,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Al-Awfar Baharu dan Penyampaian Hadiah Utama Akaun Al-Awfar, di sini hari ini.

Mizan berkata antara pembaharuan dan penambahbaikan yang dibuat bagi produk Al-Awfar Baharu – Wow! Banyaknya! ialah jumlah hadiah yang ditawarkan meningkat kepada RM18 juta setahun berbanding RM15 juta sebelumnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perancangan Mahathir Untuk ‘Membunuh’ UMNO


Selain itu, sebanyak 15 kategori cabutan disediakan berbanding lima sebelum ini, dengan antara hadiah yang ditawarkan termasuk RM1 juta untuk empat orang pemenang, satu kilogram jongkong emas, dua buah motosikal Harley Davidson, sebuah kereta BMW dan dua buah Honda HRV.

Mizan berkata orang ramai yang berminat untuk memenangi hadiah ditawarkan hanya perlu membuka akaun Al-Awfar di mana-mana cawangan Bank Islam dengan deposit hanya serendah RM100.



Pelanggan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik dengan mengekalkan baki purata RM1,000 dalam akaun Al-Awfar mereka.

Al-Awfar merupakan satu produk akaun pelaburan di bawah Bank Islam yang berisiko rendah dan inovatif berdasarkan konsep Mudharabah.

Dana Al-Awfar dilaburkan dalam portfolio Pembiayaan Rumah dan Aset Tetap (HFA) sedia ada Bank Islam untuk memastikan pelaburan yang mampan.

Pada majlis itu, Mizan turut menyampaikan replika cek berjumlah RM1 juta kepada jutawan Bank Islam yang ke-39, Datuk Md Adnan Sulaiman, yang diwakili anaknya Nor Husna.

Bank Islam sasar saiz dana RM1 bilion


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PAS bergolak , Tiga MB PAS akan bertukar selepas PRN?

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker