Pelupusan Hutang Felda: Muhyiddin Umum Tapi Tak Buat
Pelupusan Hutang Felda: Muhyiddin Umum Tapi Tak Buat
Dalam satu hantaran di Facebook, Muhyiddin Yasin mendakwa Anwar Ibrahim tidak layak untuk kekal sebagai perdana menteri.
Kerana menurut Muhyiddin, tuduhan Anwar bahawa beliau tidak melupuskan hutang Felda sewaktu beiau menjadi perdana menteri adalah satu pembohongan besar.
Muhyiddin mendakwa hutang Felda sudah pun dihapuskan ketika beliau menjadi perdana menteri.
Namun, oleh kerana kekangan aliran tunai FELDA, kerajaan PH-BN tidak dapat melaksanakan pelupusan hutang peneroka secara berterusan.
Malah menurut Muhyiddin, mantan Pengerusi FELDA, Idris Jusoh juga telah membuat kenyataan pada 24 Februari 2023 bahawa pelupusan hutang peneroka FELDA.
Hutang yang dianggarkan berjumlah RM8.3 billion telah selesai dilaksanakan pada tahun 2021.
Sebagai respon dari kenyataan Muhyiddin, Anwar menjelaskan, beliau tidak menafikan memang ada persetujuan untuk melupuskan hutang Felda di era Muhyiddin.
Tetapi hingga beliau disingkirkan dari jawatan perdana menteri, ianya tidak dilaksanakan.
Dalam artikata lain, umum dahulu, tapi tidak buat, bila Anwar buat, Muhyiddin ‘claim credit’…😂😂😂
Ini Kes Lepas Buat Kenduri Terus Cabut Lari
Baik, apa cerita sebenarnya mengenai hutang Felda?
Pengerusi Felda, Shabery Cheek, memberikan penjelasan di dalam akaun Facebook beliau.
Menurut Shabery Cheek, memang benar, Muhyiddin umumkan pelupusan hutang peneroka Felda pada tahun 2021.
Tetapi dalam masa yang sama, Muhyiddin mungkin pura-pura lupa, Felda pula berhutang melalui sukuk untuk ambil alih FGV, serta berhutang dengan KWSP dan Maybank.
Jumlah keseluruhan hutang Felda dianggarkan sekitar RM9 bilion.
Untuk melunaskan hutang tersebut, Felda perlu mengutip hutang dari peneroka Felda.
Tetapi apabila Muhyiddin melupuskan hutang peneroka Felda, maka Felda kehilangan pendapatan untuk melunaskan hutang dengan KWSP dan Maybank.
Juga benar, di era Muhyiddin, kerajaan pentadbiran beliau telah berjanji untuk memberikan sukuk sebanyak RM1 bilion kepada Felda.
Sukuk ini kononnya akan diberikan selama 10 tahun dan tujuannya adalah supaya Felda dapat membayar balik hutang kepada KWSP dan Maybank.
Tanpa sukuk tersebut, semua pendapatan Felda akan ditumpukan untuk membayar kembali hutang kepada KWSP dan Maybank.
Sekiranya ini berlaku, Felda tidak akan mempunyai dana yang mencukupi untuk membantu peneroka dalam kos penaman semula, penyelenggaraan kebun dan sara hidup ketika tanaman semula.
Ini sudah pasti akan lebih menekan kehidupan peneroka Felda di masa yang akan datang.
Tetapi malangnya, sukuk sebanyak RM1 bilion yang dijanjikan Muhyiddin itu tidak diberi hinggalah beliau disingkirkan dari kerusi perdana menteri.
Hanya selepas Kerajaan Perpaduan ditubuhkan, baharulah kerajaan menandatangani perjanjian pemberian sukuk kepada Felda melalui Kementerian Kewangan.
Dengan pemberian sukuk oleh kerajaan, baharulah Felda dapat melunaskan hutang peneroka sepenuhnya di samping membayar kembali hutang kepada KWSP dan Maybank.
Cuma kalau benar seperti dakwaan Muhyiddin beliau yang menghapuskan hutang peneroka Felda, sila kemukakan bukti.
Pelupusan Hutang Felda: Muhyiddin Umum Tapi Tak Buat
Di Syorkan Untuk Anda:
- Perancangan Mahathir Untuk ‘Membunuh’ UMNO
- Demi Survivor UMNO, Penyokong DS Najib Mesti Sokong Kerajaan Perpaduan
- Adakah Sanusi Ada Cita Cita Tinggi Untuk Kepimpinan Tertinggi PAS?