Peniaga dakwa rugi RM340,000 kena tipu urusan bekal kanopi

Peniaga dakwa rugi RM340,000 kena tipu urusan bekal kanopi

Peniaga dakwa rugi RM340,000 kena tipu urusan bekal kanopi

PUTRAJAYA: Seorang peniaga mendakwa rugi ratusan ribu ringgit ditipu seorang individu dalam projek pembekalan kanopi untuk koperasi sebuah badan amanah persendirian.

Mangsa berusia 37 tahun, memaklumkan syarikatnya dilantik sebagai panel pembekal barangan dan peralatan perniagaan untuk badan amanah itu pada 29 Julai tahun lalu bagi melancarkan proses pembekalan kanopi berkenaan.

Lelaki itu mendakwa, pada bulan sama, kanopi diserahkan kepada seorang individu yang juga pemilik syarikat swasta dan pernah berkhidmat bersama koperasi badan amanah berkenaan.

“Saya membuat pembayaran deposit secara dalam talian sebanyak RM200,000 ke dalam satu akaun atas nama syarikat swasta terbabit pada Ogos 2022.

“Pembayaran penuh RM20,440 bagi pembelian kanopi juga dibuat kepada individu terbabit melalui akaun sama, namun kanopi tidak dihantar kepada pembeli,” katanya yang enggan namanya disiarkan.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Presint 7, di sini pada 16 Jun lalu berkait urusan pembekalan kanopi yang gagal dan hutang berjumlah RM340,000 dibuat individu terbabit menggunakan nama syarikat dan namanya bagi urusan pembekalan kanopi dan lain-lain tanpa pengetahuannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz mengesahkan polis menerima laporan dibuat peniaga berkenaan.

Peniaga dakwa rugi RM340,000 kena tipu urusan bekal kanopi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa Sanusi Membisu Atas Dakwaan Amanah Kedah REE Masih Di Curi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker