Muhyiddin tarik balik permohonan pindahkan kes ke Mahkamah Tinggi

Muhyiddin tarik balik permohonan pindahkan kes ke Mahkamah Tinggi

Muhyiddin tarik balik permohonan pindahkan kes ke Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR: Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menarik balik permohonan supaya kesemua enam kes rasuah dan satu tuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram yang dihadapinya, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Perkara itu dimaklumkan peguam belanya, Datuk Hisyam Teh Poh Teik pada pengurusan kes berkenaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi K Muniandy.

Prosiding hari ini mengecualikan kehadiran Muhyiddin di mahkamah.

Menurut peguam itu, permohonan anak guamnya untuk menarik balik pemindahan kes sebelum ini dikemukakan pembelaan melalui surat bertarikh 5 Julai lalu.

Sehubungan itu, mahkamah membenarkan dan seterusnya membatalkan permohonan Muhyiddin untuk memindahkan kes daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa Sanusi Membisu Atas Dakwaan Amanah Kedah REE Masih Di Curi


Ia tidak dibantah pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Melalui surat terbabit, pembelaan menyatakan terdapat tiga permohonan untuk memindahkan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi yang ditetapkan untuk didengar hari ini, dan ada asas kukuh bagi pemindahan itu.

Pembelaan berkata, pada masa sama terdapat permohonan pihaknya untuk membatalkan pertuduhan kesalahan predikat (rasuah) terhadap Muhyiddin yang akan didengar di Mahkamah Tinggi, esok.

Sehubungan itu, permohonan untuk memindahkan kes akan menjadi akademik jika pembatalan tuduhan dibenarkan.

Menurut pembelaan, ia mengesyorkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya permohonan pemindahan kes ditunda sehingga selepas permohonan pembatalan diputuskan, tetapi SPRM mahu permohonan pemindahan didengar dulu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perancangan Mahathir Untuk ‘Membunuh’ UMNO


“Pihak kami sudah memfailkan hujahan mengikut arahan mahkamah dan bersedia untuk meneruskan dengan perbicaraan (hari ini). Bagaimanapun demi menjimatkan masa dan kos mahkamah dan oleh kerana kami berpendapat permohonan pemindahan akan menjadi akademik jika permohonan pembatalan dibenarkan, kami dengan ini menarik balik (permohonan pemindahan) ini.

“Kami menegaskan bahawa tindakan menarik balik permohonan itu dibuat dengan suci hati walaupun percaya bahawa terdapat asas yang kukuh untuk mendapatkan pemindahan yang dipohon,” katanya.

Pada 10 Mac lalu, Muhyiddin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas enam pertuduhan, iaitu empat tuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM232.5 juta dan dua kesalahan pengubahan wang haram dengan wang berjumlah RM195 juta.

Muhyiddin, sebagai Perdana Menteri (ketika itu) dan Presiden BERSATU, didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk suapan daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi parti berkenaan.

Semua kesalahan itu dilakukan di Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, di Wilayah Persekutuan Putrajaya, antara 1 Mac 2020 hingga 20 Ogos 2021.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN


Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi jika disabitkan kesalahan.

Pada 13 Mac lalu, beliau didakwa menerima menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM5 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun AmBank milik parti berkenaan.

Kesalahan didakwa dilakukan di AmBank Cawangan Amcorp Mall, Jalan Persiaran Barat di sini pada 7 Januari 2022 mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) yang boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram, atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Muhyiddin tarik balik permohonan pindahkan kes ke Mahkamah Tinggi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa Sanusi Membisu Atas Dakwaan Amanah Kedah REE Masih Di Curi

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker