Suami belasah kekasih isteri di ranjang

Suami belasah kekasih isteri di ranjang

Suami belasah kekasih isteri di ranjang
John Dimming dituduh membelasah kekasih Christie Barbato di Florida baru-baru ini.- Facebook/ Pejabat Sherif Daerah Palm Beach

MIAMI, Florida – Seorang suami berdepan dakwaan cubaan membunuh selepas membelasah kekasih isterinya yang ditemui berada di atas katil, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

John Dimmig dituduh membelasah lelaki itu dengan kayu besbol di sebuah rumah penginapan sebanyak tiga kali.

Kejadian berlaku pada 17 Jun lalu di rumah penginapan yang disewa di Lake Worth, Florida.

Mangsa terpaksa menerima rawatan perubatan di sebuah hospital akibat dipukul  suami kepada Christie Barbato.

Barbato menceritakan kejadian tersebut kepada polis yang kemudian menahan suaminya dekat  lokasi kejadian.

Dimmig sedang menunggu perbicaraan pada 17 Julai ini.  – Agensi

Suami belasah kekasih isteri di ranjang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa Sanusi Membisu Atas Dakwaan Amanah Kedah REE Masih Di Curi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker