Tikam suami hingga mati ketika berbalah mengenai isteri kedua

Tikam suami hingga mati ketika berbalah mengenai isteri kedua

Tikam suami hingga mati ketika berbalah mengenai isteri kedua
Seorang wanita didakwa menikam sehingga mati suaminya kerana bertengkar mengenai isteri keduanya di Bauchi pada Rabu lalu. – pulse.ng

ABUJA, Nigeria – Seorang wanita dari Kofar-Dumi Bauchi, Nigeria didakwa menikam suaminya sehingga mati semasa bertengkar mengenai isteri kedua, lapor laman berita Leadership News semalam.

Mangsa, Aliyu Muhammad difahamkan meninggal dunia akibat mengalami kecederaan di dada selepas ditikam manakala isterinya, Maimunatu Sulaiman turut mengalami lebam kecil.

Pemangku Pegawai Perhubungan Awam Polis Negeri Bauchi, Asisten Superintendan Aminu Gimbal Ahmed berkata, wanita itu disoal siasat berhubung kejadian tersebut.

Aminu berkata, wanita berkenaan telah pun mengaku melakukan kesalahan itu sambil menambah bahawa kes tersebut telah dipindahkan ke Jabatan Siasatan Jenayah untuk tindakan lanjut.

“Siasatan diteruskan dan suspek akan didakwa ke mahkamah selepas siasatan selesai.

“Kami bertindak atas maklumat yang diterima pada 5 Julai kira-kira pukul 11.40 malam (waktu tempatan).

“Detektif yang bertugas di ibu pejabat Polis Bahagian Perbandaran Bauchi menahan Maimunatu yang berumur 21 tahun kerana didakwa membunuh,” ujarnya. – Agensi

Tikam suami hingga mati ketika berbalah mengenai isteri kedua


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa Sanusi Membisu Atas Dakwaan Amanah Kedah REE Masih Di Curi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker