Takkan Itu Rumah Agam Nusi, Dia Kan Pejuang Melayu Isley
Takkan Itu Rumah Agam Nusi, Dia Kan Pejuang Melayu Isley
Penulis dapat kiriman gambar sebuah rumah agam yang tersergam megah, katanya di Sik, Kedah.
Rumah agam tersebut didakwa milik salah seorang kepimpinan tertinggi kerajaan negeri Kedah yang sekarang ini menjadi ‘care taker government’.
Memang cantik sungguh, orang kata bukan kaleng-kaleng irang boleh ada rumah agam sebesar dan secantik ini.
Kosnya pula kalau tak silap penulis dalam anggaran RM7 juta.
Kalau kita tilik betul-betul, rasanya kos rumah agam tersebut mahu lebih dari RM7 juta, kurang dari itu tidak mungkin.
Kita kluster marhaen nie mampu tenguk sajalah yer…
Kalau menurut akaun Facebook Miqdad Zakaria, kos rumah tersebut dikatakan adalah RM7.8 juta.
Depa kata rumah tu milik Sanusi, tapi gunakan nama adik Sanusi.
Depa katalah, bukan penulis kata, penulis tak kata apa yang depa kata, tapi depa kata apa yang penulis tak kata…🤫🤫🤫
Bagi penulis, takkan itu rumah agam Nusi, dia kan pejuang Melayu Isley…😉😉😉
Macam Sanusi Cakap Hang Bodooo
@acik.mantera
Teringat penulis macam mana Sanusi mengamuk, memaki hamun ahli dan pengundi PAS bila terdedah isu PAS rasuah pengundi.
Mungkin betul juga cakap Sanusi tu, bila dah dapat sampul surat tu, duduk diam-diam jer lah.
Tak payahlah nak sebarkan video aktiviti beri dan terima tu ke seluruh dunia.
Buat malu PAS jer, PAS kan parti Melayu Isley yang tegas menentang rasuah.
Lagi pun sampul surat masa pilihanraya tu bukan rasuah, tapi sedekah.
Kalau tak silap, Eddy Wang dah keluarkan fatwa.
Itu yang buat Sanusi mengamuk.
Cuba buat macam dia, dah dapat duduk diam-diam, tahu-tahu dah bina rumah agam.
Takkan itu rumah agam Sanusi, diakan pejuang Melayu Isley…😉😉😉
Takkan Itu Rumah Agam Nusi, Dia Kan Pejuang Melayu Isley
Berita terkini, Sanusi sudah nafikan rumah agam tersebut milik dia.
Menurut Sanusi, rumah agam itu sebenarnya milik abang dia yang berkerja sebagai penyelam dasar laut.
Kira dahsyat kalau seorang yang berkarier seperti itu mampu bina rumah agam yang bernilai lebih dari RM7 juta.
Memang diakui, pendapatan penyelam komersial dasar laut memang lumayan dan boleh mencecah hingga puluhan ribu ringgit sebulan.
Tapi bukan senang hendak kumpul sampai berjuta ringgit untuk bina rumah agam.
Ada pula yang kata rumah agam tersebut milik adik Sanusi.
Katanya adik Sanusi adalah seorang kontraktor, tapi tidak pasti kontraktor apa.
Itu semua depa katalah, bukan penulis kata, penulis tak kata apa yang depa kata, tapi depa kata apa yang penulis tak kata…🤫🤫🤫
Bagi penulis, tetap dengan pendirian, takkan itu rumah agam Sanusi, dia kan pejuang Melayu Isley…😉😉😉
Kawan penulis beritahu, kawasan sekitar rumah agam itu berbau kuat
Bila penulis tanya bau apa, dia kata bau Musang King yang berselang seli dengan bau nadir bumi.
Itu yang jadi masalah tu…😝😝😝
Takkan Itu Rumah Agam Nusi, Dia Kan Pejuang Melayu Isley
Di Syorkan Untuk Anda:
- Jangan Di Pandang Sepi Peringatan Dari Yana Najib
- Pelupusan Hutang Felda: Muhyiddin Umum Tapi Tak Buat
- Kenapa Sanusi Membisu Atas Dakwaan Amanah Kedah REE Masih Di Curi