Biar gorila jadi gorila
Biar gorila jadi gorila

Ottawa: Zoo Toronto di Kanada meminta pengunjungnya mengelak daripada menunjukkan video dan gambar pada telefon bimbit kepada gorila, lapor CTV News Toronto.
Portal NDTV melaporkan, ia bertujuan mengawal tingkah laku gorila di bawah jagaan pihak zoo.
“Kami hanya mahu gorila menjadi gorila.
“Apabila pengunjung datang ke zoo, kami mahu mereka melihat gorila dalam keadaan yang sangat semula jadi,” kata Hollie Ross, penyelia tingkah laku haiwan di zoo, dalam temu bual dengan agensi media.
Pihak pengurusan zoo memasang papan tanda di luar kandang gorila meminta pengunjung tidak menggunakan telefon bimbit mereka dan menunjukkan foto atau video kepada haiwan itu.
Ia kerana sesetengah kandungan menjengkelkan dan boleh menjejaskan hubungan dan tingkah laku haiwan itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Takkan Itu Rumah Agam Nusi, Dia Kan Pejuang Melayu Isley
- Siapa pemilik ladang Musang King di Kedah?
- Projek Musang King Di Sik Bakal Mengulangi Tragedi Iboi
Pegawai berkongsi bahawa seekor gorila bernama Bassir menunjukkan minat terhadap video pada telefon bimbit milik pengunjung.
Beliau bagaimanapun berkata, Nassir dan gorila lain dibenarkan menonton video termasuk dokumentari alam semula jadi dalam keadaan terkawal.
“Kami hanya mahu memastikan bahawa kami tahu kandungannya. Sama seperti mengurus akaun untuk kanak-kanak… anda ingin memastikan bahawa kawalan ibu bapa diaktifkan dan mengawal kandungan yang dilihat,” katanya.
Biar gorila jadi gorila
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi, Haa Tepokkk
- Apa Kata Sanusi Buat Laporan PDRM, Lagi Cantik Laporan SPRM
- Sanusi akan ‘menuntut ilmu kebal’ untuk melawan musuh?