Neelofa dan Haris timang bayi lelaki
Umum nama anak hari ketujuh kelahiran
Neelofa dan Haris timang bayi lelaki

PENGACARA dan usahawan Neelofa selamat melahirkan bayi lelaki Selesa lalu pada pukul 10.45 malam di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Berkongsi berita gembira itu, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, memaklumkan bayi keduanya itu berada dalam keadaan sihat.
“Tanggal 11 Julai menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat bagi keluarga kami. Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan sihat.

Neelofa membuat perkongsian ity menerusi Instastory miliknya pada Khamis.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Takkan Itu Rumah Agam Nusi, Dia Kan Pejuang Melayu Isley
- Siapa pemilik ladang Musang King di Kedah?
- Projek Musang King Di Sik Bakal Mengulangi Tragedi Iboi
Dalam pada itu, Neelofa dalam hantaran berbeza memaklumkan akan mengumumkan nama bayi keduanya itu pada hari ketujuh.
Sama seperti kelahiran anak pertama sebelum ini, Neelofa dan suami iaitu Pencetus Ummah Haris tidak berkongsi detik kelahiran termasuk gambar bayi mereka.
Kelahiran anak Neelofa sebelum ini dinantikan ramai peminat selepas dia membuat pengumuman hamil kali kedua pada Mac lalu.
“Semoga kehadirannya selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak yang soleh, berbakti pada orang tua, berguna bagi agama, keluarga dan bangsa,” ujarnya.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan mereka turut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal yang berusia setahun.
Neelofa dan Haris timang bayi lelaki
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi, Haa Tepokkk
- Apa Kata Sanusi Buat Laporan PDRM, Lagi Cantik Laporan SPRM
- Sanusi akan ‘menuntut ilmu kebal’ untuk melawan musuh?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :