Bocey belum terkubur walau Abam sudah tiada – Fad

Bocey belum terkubur walau Abam sudah tiada – Fad

Bocey belum terkubur walau Abam sudah tiada – Fad
Bocey belum terkubur walau Abam sudah tiada – Fad

SEJAK arwah Abam menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat demam panas pada Februari 2020, nama kumpulan Bocey juga semakin malap.

Salah seorang ahlinya Fad atau nama penuhnya Muhammad Fadzlie bin Mohd Nizam mengakui sudah jarang menerima jemputan untuk tampil di program besar, apalagi untuk dipanggil muncul di kaca televisyen.

Tidak tahu mana salahnya. Mungkin peminat menyangka bahawa kumpulan pelawak terkenal Bocey yang mempunyai tiga orang ahli iaitu Abam, Fad dan Achey itu sudah hilang taringnya dengan ketiadaan Abam.



Namun juara Maharaja Lawak Mega dua kali berturut-turut menegaskan rahsia kejayaan Bocey bukanlah tergantung kepada Abam, tetapi keyakinan semua ahli pasukannya.

“Kali terakhir kami tampil di televisyen adalah semasa belasungkawa Abam di Meletop. Kalau dari persembahan, kami menerima jemputan persembahan ketika raya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian




“Mungkin orang rasa bila salah seorang sudah tiada, maka Bocey akan hilang taring. Sedangkan apa yang menjadikan Bocey berjaya ialah sikap saling percaya antara satu sama lain.

“Mana-mana kumpulan pun bukan bergantung kepada seorang individu, tetapi keserasian yang dibina mereka dari awal sampai sekarang,” kata Fad ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Tempat Abam dalam kumpulan itu tidak mungkin dapat diganti. Namun kumpulan Bocey masih tetap meneruskan perjuangan di pentas jenaka kerana para peminat mula salah sangka kononnya riwayat kumpulan Bocey sudah tamat sejak ketiadaan Abam.

“Ada peminat yang menyangka kami sudah berpecah. Kononnya Fad dan Achey sudah bawa haluan masing-masing.



“Kami sebenarnya masih menunggu peluang dan kami sentiasa percaya kepada Bocey walaupun ahlinya hanya tinggal berdua,” tegasnya.

Konsert lawak pertama di Malaysia

SETELAH sekian lama tidak tampil di atas panggung, kini Bocey bakal menjadi salah seorang pelawak yang bakal menjayakan Konsert Muzikal Lawak Nusantara.

Konsert lawak pertama kali di Malaysia itu bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 19 Ogos ini dengan menampilkan pelawak dari Malaysia dan Indonesia.

Setiap pelawak diberi masa selama setengah jam untuk mempersembahkan jenaka masing-masing.



“Bocey sangat terkenal dengan kejutan. Dalam konsert itu nanti, kami juga akan membawakan seseorang yang akan menyempurnakan persembahan kami yang berdurasi 30 minit.

“Saya dan Achey tidak berasa tertekan malah kami sangat teruja dan tidak sabar untuk beraksi di hadapan peminat. Mereka akan nampak Bocey dengan warna yang berbeza setelah arwah sudah tiada.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perangai Pelik Ahli UMNO




“Kita akan selitkan banyak lagu berunsur nasihat yang dibantu dengan band gabungan Malaysia dan Indonesia,” dedahnya.

Konsert yang bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 19 Ogos ini bakal menampilkan pelawak seperti Sharif, Atu dan Melati.

Turut menjayakan konsert ialah barisan pelawak dari Indonesia seperti Sule, Rina Nose dan Aziz Gagap.

Penonton bertuah yang hadir ke konsert itu nanti juga berpeluang untuk memenangi telefon pintar secara percuma.



Bocey belum terkubur walau Abam sudah tiada – Fad


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading