Polis KL tawar diskaun saman trafik

Kuala Lumpur: Polis Kuala Lumpur menawarkan potongan diskaun sehingga 50 peratus bagi bayaran saman terpilih sempena Acara Kebudayaan Negeri Serumpun Melayu Sumatera Barat Padang di pusat beli-belah Lalaport.

Tawaran diskaun pada hari ini dan esok bermula pada 9 pagi hingga 5 petang di Malaysian Grand Bazaar.

Polis Kuala Lumpur dalam laman Facebook memaklumkan pihaknya menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus bagi semua saman trafik kecuali saman membabitkan kemalangan, tidak boleh kompaun (NC), kesalahan berstatus perbicaraan, kesalahan berkaitan kenderaan berat dan saman berstatus waran tangkap.



“Selain itu, saman berkaitan kesalahan ekzos, kesalahan berkaitan lori, kesalahan Op Selamat, saman kerana menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan kesalahan kerana tidak memakai tali pinggang keledar semasa memandu.

“Saman lain yang tidak mendapatkan pengurangan ialah saman kerana mengabaikan lampu isyarat lalu lintas, saman memandu tapa lesen dan saman had laju,” katanya.

Justeru itu, orang ramai diminta mengambil peluang dengan hadir ke program berkenaan.

METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading