4.5 tan daging kerbau sejuk beku India dirampas

PASIR GUDANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor merampas 4.5 tan daging kerbau sejuk beku dari India kerana maklumat pada sijil kesihatan dan sijil halal yang mengelirukan, kelmarin.

Pengarah MAQIS Johor, Edie Putra Md Yusof, berkata rampasan itu adalah hasil pemeriksaan yang dilakukan penguat kuasa MAQIS terhadap produk ruminan itu di dalam sebuah kontena di Pelabuhan Pasir Gudang, Khamis lalu.

“Hasil pemeriksaan mendapati kontena berkenaan membawa 188 kotak produk ruminan iaitu daging kerbau sejuk beku dari India bernilai RM410,000.



“Pemeriksaan lanjut mendapati maklumat pada dagangan terbabit mengelirukan iaitu tarikh sembelih yang diisytiharkan berbeza seperti dalam sijil halal yang disertakan bersama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Edie Putra berkata, penggunaan maklumat pada sijil halal dan sijil kesihatan yang tidak tepat serta mengelirukan akan disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“MAQIS sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk ini bagi menjamin keselamatan keluaran pertanian yang masuk ke dalam negara dan mematuhi syarat serta peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.



BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading