Makan mayat dibakar

Makan mayat dibakar

Makan mayat dibakar
GAMBAR hiasan. FOTO AFP.

New Delhi: Dua lelaki mabuk ditahan selepas makan mayat wanita yang sedang dibakar di tempat pembakaran mayat di Odisha, timur India.

Mereka dikesan melakukan perbuatan melampau itu oleh penduduk di perkampungan Bandhasahi di daerah Mayurbhanj.

Sundar Mohan Singh, 58, dan Narendra Singh, 25, dari Kampung Dantuni itu sudah ditahan polis untuk siasatan mengikut Seksyen 297 (menceroboh tempat pengebumian) dan Seksyen 34 (jenayah bersama) Kanun Keseksaan India, lapor India Today.



Polis memaklumkan kronologi kes itu bermula apabila Madhusmita Singh, 25, dari kampung Bansahi jatuh sakit pada Selasa lalu dan keluarganya membawa wanita itu ke hospital, namun disahkan meninggal dunia.

Kematiannya didaftarkan dan dihantar ke Hospital Baripada untuk dibedah siasat sebelum diserah kepada keluarga untuk upacara persemadian di kampung halaman.

Polis berkata, ketika upacara berlangsung, dua suspek yang mabuk itu mencuri sebahagian sisa daging yang dibakar dan mula memakannya.

Menyedari perbuatan itu, keluarga mangsa menangkap suspek dan menyerahkannya kepada ketua kampung, sebelum mereka dipukul penduduk kampung yang berang.



Penduduk juga merampas sisa daging wanita berkenaan.

Pegawai polis kanan, Sanjay Kumar Parida mengesahkan dua lelaki itu ditahan susulan laporan penduduk kampung namun tidak menemui sisa daging manusia pada mereka.

Makan mayat dibakar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Ibarat Ayam Jantan, Kokok Berderai Tapi Ekor Bergelumang Tahi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button