Nak buka lagi dua cawangan

Nak buka lagi dua cawangan

Nak buka lagi dua cawangan
SAMBUTAN terhadap produk keluaran syarikat amat baik, malah banyak permintaan diterima daripada pelanggan luar negara termasuk dari Singapura, Indonesia dan Brunei.

SYARIKAT Mr Bentong World Trading menyasarkan untuk membuka satu atau dua lagi cawangan premis di luar Lembah Klang bagi mengembangkan perniagaan produknya iaitu jus berasaskan madu dan halia yang diusahakan lebih setahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hafiz Oon Jun Seong berkata, langkah itu bertujuan melancarkan lagi proses pembuatan dan jualan produk, selepas membuka sebuah kilang dan empat cawangan premis dengan tiga daripadanya di Bentong, Pahang, manakala satu lagi di Ampang.

Menurut Hafiz, sambutan terhadap produk keluaran syarikatnya amat baik, malah banyak permintaan diterima daripada pelanggan luar negara termasuk dari Singapura, Indonesia dan Brunei.

Hafiz berkata, setakat ini, 30,000 botol jus dijual setiap hari, berbanding 10 botol saja ketika peringkat awal produk berkenaan di pasaran.



“Melihat peluang yang ada, saya cuba keluarkan produk dengan jenama sendiri bermula dengan serbuk halia Mr Bentong pada 2020 sebelum mengeluarkan minyak (halia) pula pada akhir tahun sama.



“Akhir 2021, saya keluarkan jus berasaskan madu dan halia pula dan Alhamdulillah, sambutannya sangat memberangsangkan hingga tular selepas menjualnya menerusi TikTok Shop awal tahun lalu,” katanya ketika ditemui Balai Berita NSTP di sini, baru-baru ini.

Menurut Hafiz, keyakinannya bertambah selepas melihat peningkatan jualan dengan 60 peratus datang daripada pelanggan sedia ada, manakala 40 peratus lagi pembeli baharu.

Selain jualan dalam talian, Hafiz mengakui penyertaannya dalam Karnival Jom Heboh di Shah Alam, pada awal bulan lalu, turut membantu memperkenalkan lagi produknya.

“Bagaimanapun, cabarannya tetap ada kerana pada awalnya kita gunakan botol kaca tetapi stok terhad dan mudah pecah sebelum kita perkenalkan botol plastik dengan reka bentuk sendiri pada November lalu.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Penyokong Najib boikot PRN hanya propaganda lawan


“Itu belum lagi masalah bahan mentah tidak cukup kerana saya ambil terus dari Bentong, Pahang dan persaingan produk jenama lain yang sudah lebih awal berada di pasaran.

“Ada juga menggunakan nama hampir sama, namun itu tidak mematahkan semangat saya kerana masih ramai pelanggan yang menyokong kerana sedar khasiat madu dan halia diterima baik kerana antara makanan sunnah,” katanya yang mempunyai 440,000 pengikut di TikTok.



Jus Mr Bentong berasaskan madu didatangkan dengan lima pilihan perisa iaitu mangga, epal merah, lemon, epal hijau dan kiwi. Minuman berasaskan halia pula terdiri daripada Enzyme Pekat Mr Bentong, Enzyme Halia Mr Bentong dan Madu Jantan Mr Bentong.

Produk lain keluaran Mr Bentong adalah Asam Halia Lemon, Asam Halia Nanas, Asam Halia Bara Manis, Asam Halia Bara Masin, Asam Halia Muda, Asam Halia Pudina, Asam Halia Epal,Asam Halia Madu, halia tua, madu hutan, minyak halia, teh halia dan serbuk halia.

Kesemua produk itu dijual dengan harga RM60 setiap satu dan boleh didapati dengan melayari laman web mr.bentong.com atau ke laman sosial Facebook (Fb), Instagram (IG) dan TikTok Mr Bentong Hafiz Oon.

Nak buka lagi dua cawangan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Fatwa derma afdal, PAS wajib jelaskan siapa Ulama’ tersebut



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button