Faisal kekal di ICU untuk seminggu lagi

Faisal kekal di ICU untuk seminggu lagi

Faisal kekal di ICU untuk seminggu lagi
Bintang Harimau Malaya, Faisal Halim

SHAH ALAM – Bintang Harimau Malaya, Faisal Halim akan terus ditempatkan dalam di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk tempoh sekurang-kurangnya seminggu lagi sebelum boleh dipindahkan ke wad lain.

Selepas menjalani pembedahan ketiga, kelmarin, proses pemulihan kini bergantung sepenuhnya kepada kondisi badan Faisal untuk menyesuaikan diri dengan rawatan ‘skin allograft’.

Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar, berkata doktor yang merawatnya sudah memaklumkan Faisal memerlukan rehat yang cukup bagi memastikan pemulihannya dapat mengikut perancangan diatur.



“Doktor beritahu biarlah badan Faisal membuat ‘kerjanya’ sebelum menunggu masa sesuai untuk menjalani pembedahan seterusnya kerana ketika ini paling penting adalah mahu memastikan tiada sebarang komplikasi.

“Namun, cepat atau lambat, dia tetap kena ambil masa seminggu lagi untuk berada di ICU kerana kita tidak mahu ada sebarang jangkitan kuman,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Siapa Cakap PN Tiada Misi Dan Visi




Kelmarin, pemain kelahiran Pulang Pinang itu selesai menjalani pembedahan ketiga selama tiga jam dan perkembangannya kini bertambah baik sekaligus mungkin akan dibenar keluar hospital bulan depan.

Selepas ini, Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey dijangka akan menjalani beberapa lagi pembedahan, bergantung kepada keadaan dan proses pemulihannya. – KOSMO! ONLINE

Faisal kekal di ICU untuk seminggu lagi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa 9 Mei digelar hari “Bodoh” SeMalaysia? Ini kah sebabnya?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button