Danial Syahmi berang kena ‘sodok’ Almansa
Danial Syahmi berang kena ‘sodok’ Almansa
PELUMBA muda negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril mengakui kecewa selepas impiannya untuk berjuang meraih podium pada Kejuaraan Dunia JuniorGP tidak kesampaian selepas ‘disodok’ keluar pelumba Sepanyol, David Almansa kelmarin.
Pada saingan itu, Danial yang bersaing bersama pasukan Asia Talent Team berada di kelompok hadapan dan berpeluang untuk menaiki podium pertamanya di pusingan kelima di Litar Barcelona-Catalunya, Sepanyol.
Namun, pada baki dua pusingan terakhir Alamansa bertindak agresif memintas Danial dari dalam dan berlaku sedikit pelanggaran menyebabkan Danial terjatuh hingga menyebabkan jari tengahnya mengalami luka agak teruk.
Akibat insiden tersebut, Almansa dari pasukan Finetwork Mir Racing Team dikenakan penalti selepas dikesan menunggang secara berbahaya, sekali gus terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di tempat kedua.
Perlumbaan tersebut dimenangi oleh Fadillah Arbi Aditama dari pasukan Astra Honda Racing Team dan tempat ketiga menjadi milik pelumba pasukan, Aspar Junior Team, Joel Estaban.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- “Perkara melibatkan Sanusi belum selesai” – Sultan Selangor
- Dua Menteri Besar PAS terkait skandal tanah jadi beban kepada PAS
- Ketika Sanusi Di Heret Ke Mahkamah, Kepimpinan PAS Bertelagah
“Pada Perlumbaan 1 saya bermula di petak ke-24 akibat penalti dan menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-15. Bagi saya ia adalah kutipan mata yang amat bermakna buat saya dalam perlumbaan ini.
“Saya tidak dapat menghabiskan perlumbaan dan mengalami kecederaan di jari. Saya harap dapat sembuh secepat mungkin untuk kembali berlumba semula,” kata Danial.
Hasil keputusan tersebut, Danial kini berada di kedudukan ke-20 keseluruhan dengan mengumpul 19 mata.
Danial Syahmi berang kena ‘sodok’ Almansa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apabila yang tandatangan Proklamasi Melayu hina Raja melayu, apa boleh diharapkan?
- Sanusi kini kluster Mahkamah, peluang Mukhriz jadi MB cerah
- Sanusi Di Tahan Polis Jam 3 Pagi Di Mont Kiara
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Perikatan Nasional jangan putar belit isu Sanusi