Wanita ditimpa meteorit semasa minum kopi di luar rumah
Wanita ditimpa meteorit semasa minum kopi di luar rumah
PARIS – Seorang wanita di Perancis ditimpa sebutir meteorit ketika sedang menikmati minuman kopi di luar rumah bersama rakannya, lapor laman berita Wion News semalam.
Kejadian berlaku di kampung Alsace yang terletak di timur Perancis pada 6 Julai lalu.
Akhbar Les Dernieres Nouvelles d’Alsace (DNA) melaporkan, wanita itu sedang duduk di anjung rumah sambil berbual dengan rakannya apabila batu angkasa lepas itu mengenai tulang rusuknya.
“Saya terdengar bunyi ‘poom’ dari atas bumbung rumah berhampiran. Selepas itu, saya merasakan kejutan pada tulang rusuk. Saya fikir ia haiwan, seekor kelawar.
“Kami sangka ia sekeping simen yang disapukan pada jubin bumbung tetapi tidak mempunyai warna,” kata wanita yang identitinya tidak didedahkan itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Menurutnya, meteorit tersebut melantun pada bumbung dan mengenai dadanya, mengakibatkan kesan lebam.
Dia kemudian membawa batu itu kepada seorang ahli geologi, Dr. Thierry Rebmann untuk diperiksa sebelum disahkan mempunyai unsur luar Bumi.
Rebmann berkata, meteorit itu mempunyai unsur besi dan silikon, manakala ia jarang jatuh menimpa manusia.
“Menemui meteorit adalah jarang tetapi untuk bersentuhan langsung dan ia menimpa manusia, perkara itu sangat jarang berlaku,” katanya. – Agensi
Wanita ditimpa meteorit semasa minum kopi di luar rumah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- “Najib terus dizalimi” – Puad Zarkashi
- Mana keadilan untuk Najib Razak?
- Kejutan PRN di Pantai Timur bakal berlaku