Giliran Mahrez sertai kelab Arab Saudi

Giliran Mahrez sertai kelab Arab Saudi

Giliran Mahrez sertai kelab Arab Saudi
Manchester City bersetuju menjual pemain sayap Algeria, Riyad Mahrez kepada kelab Liga Pro Saudi, Al-Ahli pada harga 30 juta pound (RM177 juta).

LONDON: Manchester City bersetuju menjual pemain sayap Algeria, Riyad Mahrez kepada kelab Liga Pro Saudi, Al-Ahli pada harga 30 juta pound (RM177 juta).

Pemain berusia 32 tahun itu diberi kebenaran untuk tidak melakukan perjalanan pramusim City ke Jepun serta Korea Selatan, dan akan menjalani ujian perubatan dalam masa terdekat.

Mahrez yang masih mempunyai baki dua tahun kontrak di Etihad dibeli pada harga 60 juta pound (RM355 juta) dari Leicester City pada 2018.

Dia dijangka menandatangani kontrak tiga tahun dengan pilihan untuk menyambung kontrak setahun lagi.



Giliran Mahrez sertai kelab Arab Saudi
ROBERTO Firmino menyertai Al-Ahli awal bulan ini.

Al-Ahli sebelum ini sudah pun menandatangani Edouard Mendy dari Chelsea dan Roberto Firmino dari Liverpool.

Mereka juga menghampiri perjanjian 21.5 juta (RM126.37 juta) dengan Newcastle United untuk menandatangani Allan Saint-Maximin..


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sanusi Belum Terima Atau Tak Jawab Penggilan SPRM?




Pemain antarabangsa Algeria itu memenangi 10 trofi sepanjang bersama  City dan juga sebahagian daripada tonggak utama yang merangkul gelaran treble musim lalu.

Giliran Mahrez sertai kelab Arab Saudi
ILKAY GUNDOGAN

City kini kehilangan Mahrez dan Ilkay Gundogan yang menyertai Barcelona secara percuma awal musim panas ini.

Kyle Walker juga dijangka melengkapkan perpindahan ke Bayern Munich sebelum penghujung jendela, manakala City tetap terbuka untuk kembali mendapatkan Joao Cancelo selepas membenarkannya pergi secara pinjaman pada Januari. – AGENSI

Giliran Mahrez sertai kelab Arab Saudi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sanusi Belum Terima Atau Tak Jawab Penggilan SPRM?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button