Penyokong patah hidung dakwa dipukul pada final Piala FA

Penyokong patah hidung dakwa dipukul pada final Piala FA

Penyokong patah hidung dakwa dipukul pada final Piala FA
Seorang penonton cedera selepas dipukul ketika menonton perlawanan akhir Piala FA antara JDT dan KL City di Stadium Sultan Ibrahim di iskandar Puteri, kelmarin. – Foto hiasan

ISKANDAR PUTERI: Seorang penonton perlawanan akhir bola sepak Piala FA 2023 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan KL City, mendakwa dirinya dipukul oleh anggota Johor Military Force (JMF), dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, berkata lelaki yang berusia 30 tahun itu turut mendakwa dirinya mengalami kecederaan dan membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, Kuala Lumpur, pada 11.50 pagi, semalam.

Penyokong patah hidung dakwa dipukul pada final Piala FA
Kenyataan media Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri.

“Doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan patah hidung, pendarahan di kepala dan mata kanan serta lebam seluruh badan.



“Kes dalam siasatan, orang ramai yang melihat kejadian dikehendaki tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah IPD Iskandar Puteri untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Penyokong patah hidung dakwa dipukul pada final Piala FA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button