Bila Cicak Kobeng Merasakan Dirinya Naga

Bila Cicak Kobeng Merasakan Dirinya Naga

Bila Cicak Kobeng Merasakan Dirinya Naga

UMNO sudah memuktamadkan kesemua calun yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya di 6 buah negeri yang akan datang.

Dari 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, 108 orang calun akan membawa panji parti di medan PRN 6 negeri tersebut.

Penulis tertarik dengan sikap berjiwa besar yang ditunjukkan oleh Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.



Secara terbuka beliau mengumumkan, sama ada beliau akan tersenarai sebagai calun atau tidak, beliau akan terus berusaha untuk memastikan kejayaan calun PH/BN.

Tengku Zafrul boleh dianggap sebagai muka baharu di dalam pentas politik negara.

Tetapi sikap yang beliau tunjukkan, jelas menunjukkan kematangan beliau sebagai pemimpin dan ahli politik.

Di dalam parti, selain dari menjadi Ketua Bahagian, beliau juga merupakan ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.



Kedua-dua jawatan tersebut adalah jawatan yang dipilih oleh akar umbi dalam pemilihan UMNO yang lepas.

Selain dari itu, Tengku Zafrul juga merupakan Bendahari UMNO Selangor dan juga BN Selangor.

Di dalam kerajaan pula, Tengku Zafrul merupakan menteri di Kementerian Perdagangan, Pelaburan & Industri.

Dalam artikata lain, Tengku Zafrul bukanlah cicak kobeng sama ada di dalam kerajaan atau pun parti.



Bila Cicak Kobeng Merasakan Dirinya Naga

Penulis sengaja nyatakan kedudukan terkini Tengku Zafrul kerana khabarnya ada ‘cicak mengkarung’ yang mendesak beliau melepaskan jawatan sebagai Bendahari UMNO & BN Selangor.

Agak pelik alasan yang digunakan adalah kerana nama Tengku Zafrul tidak tersenarai sebagai calun BN di PRN Selangor.

Beliau juga melahirkan rasa pelik kerana Tengku Zafrul tidak dilibatkan dalam rundingan kerusi serta strategi parti.

Untuk rekod, Timbalan Presiden UMNO memaklumkan, nama Tengku Zafrul tidak disenaraikan oleh UMNO Selangor.



Sebabnya sangat mudah kita fahami, 3 DUN di bawah parlimen Kota Raja adalah kubu kuat PH.

Dalam PRU 14, DUN Sentosa, calon dari PH menang dengan majoriti 33,600, DUN Sg Kandis juga dimenangi calon PH dengan majoriti 12,480.

Manakala DUN Kota Kemuning pula dimenangi oleh calun PH dengan majoriti 21,639.

Adalah mustahil PH akan melepaskan kubu kuat mereka kepada BN.



Sebab itulah UMNO Selangor tidak menyenaraikan nama Tengku Zafrul sebagai calun.

Jadi di mana rasional gesaan Ketua Pemuda UMNO Kota Raja supaya Tengku Zafrul harus letak jawatan?

Apa kaitan antara nama tidak dicalunkan dengan jawatan bendahari?

Dari sibuk mendesak Tengku Zafrul meletak jawatan, kenapa sebagai Ketua Pemuda Bahagian memikirkan bagaimana mahu memperkasakan semula UMNO Kota Raja?



Apakah beliau masih lagi membawa suara broker UMNO yang sudah digantung keahliannya?

Atau ini sebagai satu strategi beliau mencantas Tengku Zafrul untuk menjadi Ketua UMNO Bahagian Kota Raja?

Paling penting, kalau Tengku Zafrul letak jawatan, siapa yang akan menggantikan beliau.

Adakah Ketua Pemuda UMNO Kota Raja?

Persoalan yang paling besar adalah, layakkah beliau?

 

Bila Cicak Kobeng Merasakan Dirinya Naga

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button