Kebiadaban Presiden Parti Gerakan
Kebiadaban Presiden Parti Gerakan
Parti Gerakan hanyalah sebuah parti picisan di pentas politik tanah air.
Benar, Gerakan pernah menjadi kerajaan di Pulau Pinang di era barisan Nasional, tetapi itu adalah atas ehsan UMNO.
Kalau hanya bergantung kepada bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pernah dimenangi oleh Gerakan, impian untuk menubuh kerajaan hanyalah mimpi.
Ramai yang tidak tahu bahawa parti Gerakan sebenarnya menjadi antara punca utama kepada Tragedi 13 Mei 1969.
Ianya dinyatakan dengan jelas dalam Laporan MAGERAN 13 Mei 1969.
Berpuluh tahun kita didoktrinkan oleh Dr Mahathir bahawa parti yang tidak menghormati perlembagaan adalah DAP.
@acik.mantera
Tapi kini, nilaikanlah sendiri…
Bukankah di dalam perlembagaan, Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan bagi senua rakyat Malaysia.
Dan bukankah Keluhuran Perlembagaan adalah merupakan salah satu dari 5 prinsip Rukun Negara?
Terkini, presiden Gerakan, Dominic Lau, mencetuskan kemarahan rakyat dengan sikap biadab beliau.
Tanah di kubur Allahyarham masih lagi merah, belum lagi kering airmata ahli keluarga Allahyarham yang menangisi pemergian beliau.
Tetapi Dominic sudah menyatakan hasrat untuk bertanding di parlimen Pulai.
Apa punya manusia yang ada sikap sebegini?
Bila dikecam secara berjemaah oleh netizen, alasan klishe diberikan.
Kononnya akaun Twitter beliau digodam dan itu bukan ciapan yang beliau buat.
Siapalah yang hendak godam akaun Twitter presiden parti picisan seperti itu.
Mengaku dan minta maaf sajalah, tunjukkan yang awak adalah pemimpin yang berjiwa besar.
Tapi hendak buat macam mana, pemimpin Perikatan Nasional lah katakan…
Kebiadaban Presiden Parti Gerakan
Di Syorkan Untuk Anda:
- Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup Meninggal Dunia
- 5 Tawaran BN Dalam PRN 6 Negeri
- Bila Al Fadhil Mahathir Sudah Sepentas Dengan PAS, Sanusi Boleh Ucap Hai Hai Bye Bye Pada Kerusi MB
- Mungkinkah Dr Mahathir Juga Berminat Dengan Hasil REE Kelantan?