Dua individu termasuk wanita digantung minggu ini
Dua individu termasuk wanita digantung minggu ini
Singapura: Singapura bakal melaksanakan hukuman mati terhadap dua pengedar dadah minggu ini, termasuk wanita pertama yang dijatuhi hukuman itu dalam tempoh hampir 20 tahun, kata kumpulan hak asasi, sambil mendesak supaya pelaksanaannya dihentikan.
Organisasi hak asasi tempatan, Transformative Justice Collective (TJC) berkata, seorang lelaki berusia 56 tahun dijatuhi hukuman mati kerana mengedar 50 gram (g) heroin akan menjalani hukuman itu di Penjara Changi, esok.
Jika ia dilaksanakan, Saridewi akan menjadi wanita pertama di Singapura yang menjalani hukuman mati sejak 2004 apabila pendandan rambut Yen May Woen, 36, menjalani hukuman mati kerana kesalahan mengedar dadah, kata aktivis TJC, Kokila Annamalai.
TJC berkata, dua banduan itu adalah warga Singapura dan ahli keluarga mereka sudah menerima notis pelaksanaan hukuman gantung itu.
Pegawai penjara tidak membalas pertanyaan AFP menerusi e-mel berhubung pengesahan perkara itu.
Ia juga mempunyai undang-undang paling ketat untuk kesalahan mengedar dadah, dengan mengedar 500 g ganja dan 15 g heroin boleh membawa hukuman mati.
Sekurang-kurangnya 13 orang dihukum mati sejak kerajaan menyambung semula pelaksanaan hukuman gantung selepas dua tahun ia dihentikan kerana pandemik Covid-19.
Dua individu termasuk wanita digantung minggu ini
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Festival Good Vibes Adalah Konspirasi Politik Untuk Menyerang Kerajaan Perpaduan?
- Hadi Awang Yang ‘Maksum’
- PAS dijangka hadapi undi Protes dbeberapa DUN.
- Proklamasi Mahathir ada lah tipu helah politik yang peralatkan PN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :