Setahun sebelum Sukan Olimpik Paris, harga hotel naik mendadak

Setahun sebelum Sukan Olimpik Paris, harga hotel naik mendadak

Setahun sebelum Sukan Olimpik Paris, harga hotel naik mendadak
Pemandangan yang menunjukkan Menara Eiffel di Paris. – FOTO Reuters

Berlin: Setahun sebelum bermulanya Sukan Olimpik di Paris, Pusat Pengguna Eropah Jerman (ECC) menasihatkan peminat supaya tidak menunggu terlalu lama untuk menempah hotel, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Harga sudah meningkat dengan mendadak,” kata seorang jurucakap ECC.

Pusat pengguna telah membuat pemantauan harga beberapa hotel di ibu negara Perancis itu sebagai perbandingan. Pada Februari 2023, kos masih sederhana.



Mengikut pemantauan itu, penginapan berharga €900 (US$997) untuk hujung minggu yang panjang pada tahun 2023 telah meningkat kepada lebih €3,000 pada Ogos 2024.

“Sudah tentu, ia bergantung kepada penginapan tertentu, tetapi sekarang tiket pertama telah dibeli, harganya hanya akan bergerak kepada satu arah,” kata jurucakap itu.

Pada masa ini, penginapan yang berada dalam akses mudah ke tempat sukan mendapat permintaan tinggi. Namun, masih terdapat bilik yang tersedia.

Sukan Olimpik di Paris akan bermula pada 26 Julai 2024. Di Paris lebih 85,000 bilik hotel disediakan untuk pelawat, manakala di wilayah Île-de-France akan terdapat 75,000 bilik lagi, menurut jawatankuasa pelancongan tempatan.



Setahun sebelum Sukan Olimpik Paris, harga hotel naik mendadak


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saravanan Akan Di Panggil SPRM

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading