Pesawat padam kebakaran terhempas di Greece

Pesawat padam kebakaran terhempas di Greece

Pesawat padam kebakaran terhempas di Greece
Sebuah pesawat sedang membantu memadam kebakaran di hutan di Pulau Evia, Greece. Hari ini sebuah pesawat pemadam dilaporkan terhempas ketika sedang dalam operasi berkenaan. – Foto ihsan The Atlantis.

ATHENS: Sebuah pesawat pemadam kebakaran terhempas ketika sedang menjalankan operasi memadamkan kebakaran hutan di Pulau Evia, dekat sini, hari ini.

Jurucakap bomba, Yanis Artopios yang mengesahkan kejadian berkata pesawat terbabit terhempas ke dalam gaung dekat Karystos di mana kebakaran mula meletus kelmarin.

“Sebuah pesawat Greek, Canadair, dengan sekurang-kurangnya dua penumpang di dalamnya, terhempas berhampiran Platanisto…sebuah kampung di Evia,” katanya.



Pesawat itu adalah tiga pesawat dikerahkan untuk terbabit dalam operasi memadam kebakaran.

Dua juruterbang yang hilang adalah anggota Tentera Udara Greece.

Ia berdasarkan maklumat daripada Kementerian Pertahanan Greece yang dipetik saluran televisyen kerajaan, ERT.

Saluran berkenaan menyiarkan video pesawat itu terhempas dan hilang di sebalik ‘awan api’ dan kepulan asap hitam.



Kebakaran hutan terus marak di Greece di tengah-tengah suhu terik, memaksa pemindahan besar-besaran di beberapa tempat pelancongan termasuk Pulau Rhodes dan Corfu.

– AFP

Pesawat padam kebakaran terhempas di Greece


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saravanan Akan Di Panggil SPRM



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading