Penerbangan ‘first class’ menanti atlet raih emas Sukan Asia

Penerbangan ‘first class’ menanti atlet raih emas Sukan Asia

Penerbangan ‘first class’ menanti atlet raih emas Sukan Asia
KETUA Kontinjen Malaysia ke Sukan Asia Hangzhou 2022, Datuk Chong Kim Fatt (kanan) hadir dalam mesyuarat pengurus pasukan ke temasya sukan itu di Wisma MOM, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR  – Layanan kelas pertama menanti atlet negara yang berjaya meraih pingat emas pada Sukan Asia Hangzhou, China pada September depan selepas atlet negara ditawarkan pulang ke tanah air dengan menaiki penerbangan ‘first class’.

Perkembangan menarik tersebut dimaklumkan sendiri oleh Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke temasya Sukan Asia, Datuk Chong Kim Fatt selepas mengakui insentif khas tersebut masih dalam perbincangan bersama syarikat penerbangan dari China.

Katanya, insentif tambahan berkenaan sedikit sebanyak dapat melonjakkan semangat atlet negara yang akan berjuang pada temasya Sukan Asia.

“Menerusi perbincangan setakat ini kita berjaya menjalinkan kerjasama dengan syarikat penerbangan China iaitu China Eastern Airlines kerana syarikat tersebut mempunyai penerbangan terus ke Hangzhou.



“Apa yang menarik, syarikat swasta itu menawarkan tawaran eksklusif kepada kita. Jika atlet negara dapat meraih pingat emas pada Sukan Asia, mereka akan pulang ke tanah air tanpa kos tambahan dan lebih menarik mereka akan ditawarkan penerbangan kelas pertama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kebiadaban Presiden Parti Gerakan


“Inisiatif seperti ini baik dan dapat meningkatkan semangat atlet kita,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pengurus pasukan ke temasya sukan itu hari ini.



Dalam pada itu, Kim Fatt turut menjelaskan seramai 293 atlet akan menyertai Sukan Asia 2022 di Hangzhou. Ia terdiri daripada 117 atlet dari kategori A dan 104 kategori B.

Sebagai rekod, pada temasya Sukan Asia 2018 di Jakarta, Indonesia, kontinjen negara berjaya membawa pulang 7 emas 13 perak dan 16 gangsa. – KOSMO! ONLINE

Penerbangan ‘first class’ menanti atlet raih emas Sukan Asia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saravanan Akan Di Panggil SPRM



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button