Sembilan maut, puluhan cedera letupan stor mercun di Pasar Mundok

Sembilan maut, puluhan cedera letupan stor mercun di Pasar Mundok

Sembilan maut, puluhan cedera letupan stor mercun di Pasar Mundok
Suasan di lokasi kejadian yang dikongsi di media sosial selepas sebuah kedai mercun dipercayai meletup di Pekan Mundok, Thailand dalam kejadian jam 4 petang tadi. – Foto ihsan Pembaca

RANTAU PANJANG: Sekurang-kurangnya sembilan dilaporkan mati, manakala puluhan lagi mangsa cedera selepas stor menyimpan bunga api dan mercun dekat Pasar Mundok di sebelah Thailand yang bersempadan dengan pekan ini, meletup petang tadi.

Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam kejadian itu. Semua mangsa dilaporkan warga tempatan Thailand.

Letupan kira-kira jam 2.30 petang waktu Thailand itu, dipercayai berlaku di stor milik pembekal bahan berkenaan.



Semua mangsa yang terbunuh dan cedera dalam kejadian itu dikejarkan untuk rawatan di Hospital Sungai Golok.

Punca sebenar kejadian itu masih dalam siasatan pihak berkuasa Thailand. Kejadian itu bukan setakat memusnahkan stor berkenaan tetapi turut menyebabkan kerosakan pada banyak kediaman penduduk sekitarnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Sayap UMNO Masih Setia Kepada Parti?




Pasar Mundok terletak bertentangan dengan Kampung Bukit Lata, Rantau Panjang, dan menjadi antara lokasi pilihan penduduk daerah ini berbelanja.

Meskipun dipisahkan oleh Sungai Golok, namun gegaran akibat letupan kuat itu dirasai penduduk hingga sebelah Rantau Panjang

Penduduk, Mohd Zamri Adnan, 32, berkata ketika kejadian dia sedang nyenyak tidur dan segera bangun apabila mendengar letupan yang sangat kuat sehingga menggegarkan kediaman rumahnya.

Katanya, dia bersama jiran lain keluar daripada rumah dan meninjau kawasan tepi sungai memandangkan kediaman mereka hanya berjarak beberapa meter sahaja daripada Sungai Golok yang memisahkan pekan Mundok dan Kampung Jeram Perdah, tempat mereka tinggal.



“Pada awalnya, kami semua juga memikirkan ia adalah letupan bom sebelum saudara di sebelah sana memaklumkan bahawa terdapat sebuah kedai mercun terbakar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Akhirnya ‘cuti sakit’ tamat, Zeti hadir ke Mahkamah


“Malah, kamu juga dapat melihat asap tebal selain beberapa letupan kecil selama beberapa minit. Kami masih belum menerima maklumat sahih tentang berapa ramai yang cedera tetapi melalui video yang tersebar menunjukkan terdapat penduduk yang cedera.



“Terdapat juga penduduk daripada kampung lain yang datang ke tebing sungai kerana mereka juga turut merasa gegaran selain beberapa anggota polis yang meninjau keadaan di sini,” katanya.

Penduduk, Ismail Muda, 72, berkata kejadian letupan berkenaan sangat kuat menyebabkan dia dan sekeluarga panik seketika kerana menyangka ia adalah letupan bom.

“Kami sebenarnya pernah berhadapan dengan situasi ini apabila berlaku kejadian bom meletup di sempadan Thailand, oleh itu kami ingatkan kali ini juga berlaku insiden yang sama.

“Bagaimanapun, saya juga dimaklumkan oleh anak bahawa ia hanya letupan kedai mercun kerana dia mendapat maklumat melalui media sosial kerana kejadian ini sudah viral,” katanya.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed, ketika dihubungi, memaklumkan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan letupan itu.

Beliau berkata, pihaknya sudah dimaklumkan bahawa insiden itu berlaku di sebelah Thailand itu.

Sembilan maut, puluhan cedera letupan stor mercun di Pasar Mundok


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Antara Hadi Dan Mahathir, Siapa Tunggang Siapa Sebenarnya




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading