Dua maut kereta bertembung lori sarat muatan tong gas

Dua maut kereta bertembung lori sarat muatan tong gas

Dua maut kereta bertembung lori sarat muatan tong gas
Nahas membabitkan kereta dengan lori sarat muatan tong gas di Simpang Sungai Arip Jalan Sibu-Tatau petang tadi. – Foto NSTP/Erika George

TATAU: Dua maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori treler 40 tan yang sarat dengan muatan tong gas di kawasan Simpang Sungai arip Jalan Sibu-Tatau di sini petang tadi.
READ MORE

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Tatau Jankey Jikat, berkata dua mangsa yang maut dikenali sebagai Maxmilon Joseph berusia 25 tahun yang merupakan pemandu kereta dan seorang lagi penumpang dikenali sebagai Jeffery Belimi berusia 35 tahun.

Beliau berkata kedua-dua mangsa disahkan maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.



Pemandu dan kelindan lori treler terbabit bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat serta mengeluarkan mangsa sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 4.05 petang,” katanya.

Dua maut kereta bertembung lori sarat muatan tong gas

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button