31 unit kedai Pasar Pekan Tubau musnah terbakar

31 unit kedai Pasar Pekan Tubau musnah terbakar

31 unit kedai Pasar Pekan Tubau musnah terbakar
Kebakaran yang memusnahkan 31 unit kedai di Pasar Pekan Tubau, Bintulu malam tadi. NSTP/Erika George

BINTULU: Dua blok bangunan yang menempatkan 31 unit kedai di Pasar Pekan Tubau musnah dalam kebakaran, malam tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 11.53 malam.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan dua blok bangunan kedai jenis struktur tidak kekal itu,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.



Katanya, pihaknya menghadapi kesukaran memadam kebakaran disebabkan pasar terbabit hanya dihubungkan melalui jambatan gantung ke seberang sungai, selain terletak kira-kira 100 kilometer dari bandar Bintulu.

Beliau berkata, selepas tiga jam operasi, pihaknya berjaya mengawal kebakaran kira-kira jam 3 pagi dan punca sebenar kebakaran serta anggaran kerugian masih disiasat.

Katanya, pemeriksaan awal mendapati kebakaran turut memusnahkan tiga unit motosikal yang diletakkan di pekarangan blok kedai.

31 unit kedai Pasar Pekan Tubau musnah terbakar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Presiden UMNO Di Serang Lagi, Ketua Sayap Buat Tak Reti!!!

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading