Mampukah PN Mentadbir Sekiranya Berkuasa?
Mampukah PN Mentadbir Sekiranya Berkuasa?
Satu-satunya tawaran yang diberikan oleh Perikatan Nasional kepada pengundi di pilihanraya 6 negeri adalah rakyat akan mendapat kerajaan yang lebih baik sekiranya PN diberikan mandat.
Tetapi persoalan yang paling besar untuk pengundi di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan adalah mampukah PN melaksanakan tawaran tersebut?
PN pernah menjadi kerajaan di peringkat pusat dan 2 komponen utama PN, PPBM dan PAS juga pernah menjadi kerajaan di peringkat negeri.
Adakah PN mempunyai rekod pentadbiran yang cemerlang semasa menjadi kerajaan pusat dan negeri?
Kegagalan PN Semasa Menjadi Kerajaan Pusat
PN pernah menguasai pemerintahan negara selama 18 bulan di era pengerusi PN, Muhyiddin Yasin.
Dan 15 bulan di era Ismail Sabri selama 15 bulan.
Di era Muhyiddin, ekonomi negara hancur, hutang negara meningkat secara mendadak.
Dari RM686.8 bilion hingga melepasi angka RM1 trilion.
Keadaan menjadi semakin buruk apabila kerajaan ‘puppet’ Muhyiddin yang diterajui Ismail Sabri mengambil alih pemerintahan negara.
Apabila Kerajaan Perpaduan mendapat mandat pada tahun 2022, keadaan hutang luar negara ketika itu sudah mencecah RM1.5 trilion!!!
Paling menyedihkan adalah di era Muhyiddin berlaku sesuatu yang tidak pernah berlaku di dalam sejarah negara sebelum ini.
Ada antara rakyat Malaysia yang terpaksa menyelongkar tong sampah sampah untuk mencari sesuap nasi demi kelangsungan hidup.
Malah ada yang terpaksa membawa anak kecil bersama mereka!!!
Mungkin kerana sudah tidak mampu menanggung penderitaan, rakyat Malaysia akhirnya terpaksa mengangkat bendera putih.
Lebih menyayat hati hingga ada yang mengambil keputusan untuk membunuh diri.
Kes rakyat Malaysia bunuh diri sepanjang era Muhyiddin terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan meningkat hingga 143%.
Bila isu ini dibangkitkan, alasan yang diberikan adalah kerana Covid-19 dan kerajaan terpaksa isytihar darurat.
Masalahnya, bukan Malaysia sahaja yang dilanda pandemik Covid-19 dan bukan Malaysia sahaja yang terpaksa isytihar darurat.
Tetapi kenapa negara lain boleh melonjakkan semula ekonomi mereka?
Kerana negara lain tidak mempunyai ketua kerajaan yang bernama Mahiaddin @ Muhyiddin Md Yasin.
Tidak ada kejayaan yang dapat dicapai di era Muhyiddin dan Ismail Sabri yang menjadi boneka Muhyiddin.
Jangan risikokan masa hadapan kita dan keluarga kita dengan memberikan mandat kepada Perikatan Nasional!!!
Mampukah PN Mentadbir Sekiranya Berkuasa?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Presiden UMNO Di Serang Lagi, Ketua Sayap Buat Tak Reti!!!
- UMNO Atau PAS Yang Suka Tikam Belakang?
- PN Masih Seronok Bermimpi Untuk Menawan Putrajaya