Wanita maut selepas teguk 1.8 liter air dalam masa 20 minit

Wanita maut selepas teguk 1.8 liter air dalam masa 20 minit

Wanita maut selepas teguk 1.8 liter air dalam masa 20 minit
Ashley Summers (kanan) bersama keluarganya. FOTO Agensi

Washington: Tiada siapa menyangka hanya kerana minum air 1.8 liter air dalam tempoh 20 minit, boleh membawa maut.

Namun itu yang dialami ibu dua anak dari Indiana, Amerika Syarikat (AS), Ashley Summers, 35, yang meninggal dunia akibat ketoksikan atau keracunan air akibat minum air terlalu cepat.

Terdahulu, wanita itu sempat menghabiskan masa di Tasik Freeman bersama suami dan dua anak perempuannya pada hujung minggu selama empat hari bermula 1 Julai lalu.



Menurut keluarganya, Ashley mengadu berasa pening dan sakit kepala yang teruk selain mengalami dehidrasi.

Ashley berasa haus menyebabkan dia minum air yang banyak bagi menghilangkan dahaga sebelum rebah di garajnya dan dibawa ke hospital.

Abangnya, Devon Miller memberitahu kakaknya Holy menghubunginya dan memaklumkan keadaan Ashley .

“Ashley mengalami bengkak otak, mereka tidak tahu apa puncanya dan tidak tahu apa yang boleh dilakukan untuk menurunkannya dan ia tidak kelihatan baik. Dia tidak sedar sehingga kematiannya.



“Ia adalah satu kejutan kepada kami semua. Apabila mereka bercakap tentang ketoksian air, saya tidak boleh membayangkan benda ini ada,” katanya.

Sementara itu, pakar toksikologi Dr A.S. Blake Froberg memaklumkan punca kematian yang jarang berlaku lebih berkemungkinan berlaku ketika musim panas atau jika seseorang bekerja di luar atau kerap bersenam.

“Ada perkara tertentu yang boleh membuat seseorang lebih berisiko untuknya, tetapi perkara keseluruhan yang berlaku adalah mempunyai terlalu banyak air dan tidak cukup natrium dalam badan anda,” katanya.

Kematian Ashley menyelamatkan lima nyawa lain apabila dia mendermakan jantung, hati, paru-paru, buah pinggang dan tisu tulang kepada mereka memerlukan.



: Tiada siapa menyangka hanya kerana minum air 1.8 liter air dalam tempoh 20 minit, boleh


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rupanya Masih Ada Penyokong DS Najib Yang Mahu Beliau Terus Kekal Dalam Penjara

 



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button