Pendatang Yahudi serbu perkampungan Palestin di Tebing Barat
Pendatang Yahudi serbu perkampungan Palestin di Tebing Barat
Ramallah: Pendatang Yahudi di Tebing Barat menyerbu sebuah perkampungan Palestin sambil diiringi pasukan tentera, pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.
Menurut sumber, berpuluh-puluh pendatang Yahudi melakukan serbuan di Et-Tevane, di kawasan Mesafir Yatta di selatan Hebron.
Mereka bertindak membakar kenderaan milik rakyat Palestin dan menyerang individu yang membantah perbuatan terbabit sehingga menyebabkan pertempuran dengan penduduk.
Tentera Israel turut campur tangan dengan menggunakan gas pemedih mata dan peluru bersalut getah terhadap rakyat Palestin.
Tentera Israel juga menyerang dan menangkap seorang warga Palestin berusia 19 tahun, lapor agensi berita rasmi Palestin, WAFA.
Pendatang Yahudi serbu perkampungan Palestin di Tebing Barat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerana Politik Kenapa Hingga Tergamak Menunggang Nama Rasulullah SAW?
- Berjaya Land Saman Sanusi Atas Dakwaan Fitnah
- Hukuman Roger Ng tangguh, apa nasib Najib Razak?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu
Discover more from My TV ONLINE
Subscribe to get the latest posts to your email.