Tiga beradik terselamat dalam kebakaran
Tiga beradik terselamat dalam kebakaran
JOHOR BAHRU: Tiga beradik berusia enam hingga lapan tahun terselamat dalam kebakaran rumah mereka di sebuah pangsapuri di Jalan Silat Lincah, Bandar Selesa Jaya, Skudai di sini, petang semalam.
Kebakaran yang memusnahkan sebuah bilik dalam pangsapuri itu ketika bapa mereka tiada di rumah kerana bekerja, manakala ibu pula keluar memberi barang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Saifulbahri Safar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 3.37 petang.
“Ketika kejadian, bapa mereka bekerja, manakala ibu keluar membeli barang dan hanya tiga beradik, masing-masing berusia tiga, enam dan lapan tahun itu berada di rumah. Ibu dan bapa mereka bergegas pulang ke rumah selepas dimaklumkan oleh jiran.
“Semua lima beranak berkenaan kemudian berjaya keluar dari rumah menyelamatkan diri,” katanya hari ini sambil memaklumkan, kebakaran berlaku di sebuah bilik dalam rumah terletak di tingkat tiga apartmen lima tingkat itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Azmin Ali perlu dedah nama ketua Umno Gombak yang sokong PN
- Rupanya Masih Ada Penyokong DS Najib Yang Mahu Beliau Terus Kekal Dalam Penjara
Saifulbahri yang juga ketua operasi, berkata dua jentera ‘Fire Rescue Tender’ (FRT) dan sebuah jentera ‘Emergency Medical Rescue Services’ (EMRS) dari BBP Skudai dibantu BBP Iskandar Puteri digerakkan ke lokasi kejadian dengan kekuatan 15 anggota.
“Bilik berkenaan didapati terbakar 80 peratus. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya menambah operasi kemudian ditamatkan pada jam 4.56 petang.
Tiga beradik terselamat dalam kebakaran
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerana Politik Kenapa Hingga Tergamak Menunggang Nama Rasulullah SAW?
- Berjaya Land Saman Sanusi Atas Dakwaan Fitnah
- Hukuman Roger Ng tangguh, apa nasib Najib Razak?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu