Bengkel terbakar, puluhan kenderaan musnah di Putatan

Bengkel terbakar, puluhan kenderaan musnah di Putatan

Bengkel terbakar, puluhan kenderaan musnah di Putatan
Pandangan udara kemusnahan yang membabitkan puluhan kereta dalam kebakaran sebuah bengkel membaiki kenderaan di Jalan Ramayah, Putatan, Sabah hari ini. – Foto NSTP/Mohd Adam Arinin

PUTATAN: Puluhan kenderaan termasuk kenderaan lama musnah dalam kebakaran di sebuah bengkel di Jalan Ramayah berhampiran kedai perabot, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.20 pagi, turut musnah rumah pekerja dan rumah sarang burung namun tidak membabitkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Difahamkan, beberapa kenderaan yang musnah itu baru sahaja dihantar pemiliknya untuk dibaiki di bengkel berkenaan.



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kejadian jam 9.29 pagi.

Katanya, disebabkan keadaan kebakaran agak besar, operasi memadam kebakaran turut dibantu pasukan bomba dari BBP Kota Kinabalu dan BBP Lintas.

Kebakaran memusnahkan sebuah bengkel, rumah pekerja dan rumah sarang burung walit.

Bengkel terbakar, puluhan kenderaan musnah di Putatan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading