Polis kesan dua saksi bantu siasatan kes dadah

KUALA LUMPUR, 16 Julai — Polis Kuala Lumpur sedang mengesan dua saksi iaitu masing-masing seorang lelaki dan wanita tempatan, bagi membantu siasatan kes dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 di ibu kota.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dalam kenyataan menyatakan, saksi pertama dikenali sebagai R. Ramanan, 28, lokasi terakhir di Danau Kota, Setapak, manakala saksi kedua adalah Lim Lay Teng Joana, 32,  di lokasi terakhir di Sierra Damansara, Kota Damansara.

Orang ramai yang mempunyai maklumatm diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Narkotik, IPD Cheras, Insp V. Kalidasan di talian 011-16367407 / 03-92050357, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.



— BERNAMA


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading