Sewa kereta sorong bayi Movon serendah RM60 sebulan

Sewa kereta sorong bayi Movon serendah RM60 sebulan

Sewa kereta sorong bayi Movon serendah RM60 sebulan
Mak Wai Hoong pada majlis pelancaran produk terbaharu Movon di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA –  Penggunaan kereta sorong bayi atau stroller adalah antara keperluan penting untuk ibu bapa moden bagi memudahkan pergerakan anak kecil.Untuk menjadikan peralatan bayi premium ini lebih mudah diakses, Movon inovator menyediakan penyelesaian dalam pengangkutan bayi dan kanak-kanak melalui rangkaian produk yang direka untuk memudahkan kehidupan ibu bapa selain ia mampu milik.

Ketua Pegawai Eksekutif Movon, Mak Wai Hoong berkata, pihaknya telah melancarkan pelan penyewaan yang inovatif untuk memperkasakan ekonomi ibu bapa dengan fleksibiliti kewangan yang lebih luas.

“Pelan pembelian secara ansuran ini bermula pada harga RM60 sahaja sebulan.



“Bagi menyokong perkhidmatan tersebut, kami telah memperkenalkan, Pelan Perkhidmatan Pakar Movon sebagai sokongan profesional untuk perkhidmatan penyelenggaraan, pembersihan dan perlindungan untuk stroller dan kerusi kereta bayi.

“Melalui pelan yang ditawarkan ini, ia adalah satu perkara yang mengujakan kerana kami telah memiliki kira-kira 2,000 pelanggan.

“Kami menyasarkan untuk menawarkan perkhidmatan ini kepada 5,000 pelanggan baharu menjelang akhir tahun 2023,” katanya pada majlis pelancaran rangkaian tersebut yang berlangsung di Pavilion, Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain itu, Movon turut memperkenalkan rangkaian lain seperti TravelMate, kereta sorong bayi boleh lipat paling tipis dalam kategorinya iaitu StrollMate, kereta sorong bayi yang boleh diterbalikkan dengan mudah dan MoveMate, kerusi kereta berputar 360 darjah serba boleh. -KOSMO!ONLINE



Sewa kereta sorong bayi Movon serendah RM60 sebulan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

SPRM Cuba Kesan Menantu Muhyiddin Yang Di Syaki Melarikan Diri Ke Luar Negara

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading