Beginikah Caranya Pemimpin PAS Membalas Walak Penyokong Mereka
Beginikah Caranya Pemimpin PAS Membalas Walak Penyokong Mereka
Beberapa hari yang lalu, tular di laman media sosial, kisah seorang makcik di Kelantan yang mengkafirkan UMNO sampai kiamat.
Seperti pesan orang-orang tua, sakit berpunca, mati bersebab.
Setiap apa yang berlaku di hadapan mata kita, pasti ada penjelasan yang perlu dirungkai.
Bagi penulis, makcik tersebut hanya seorang rakyat Malaysia biasa yang beragama Islam dan berbangsa Melayu.
Sebagai orang Islam, sudah tentu beliau mahu kehidupan di dunia yang diberkati oleh Allah SWT dan menjalani kehidupan di akhirat dengan menikmati syurga Allah SWT.
Dan juga sebagai seorang yang berbangsa Melayu, sudah pasti beliau menyayangi orang yang sebangsa dengannya.
Makcik itu hanya mahukan kehidupan yang sebaik mungkin sebagai seorang yang beragama Islam dan berbangsa Melayu.
Tetapi mengapa beliau menjadi begitu?
Penulis yakin, sebagai rakyat biasa, sekiranya pemikiran beliau tidak diracuni oleh seseorang yang berpengaruh, pasti beliau tidak ada keberanian untuk mengkafirkan orang lain.
Hanya selepas pemikiran beliau diracuni oleh seseorang yang beliau anggap dan percaya bertaraf ulamak, barulah beliau yakin dengan apa yang beliau ucapkan.
Inilah yang telah berlaku selama berdekad-dekad di negeri pantai timur.
Proses doktrinasi rakyat oleh pemimpin politik berlaku secara berleluasa tanpa pemantauan.
Akhirnya, lahirlah masyarakat yang penuh dengan ketaksuban kepada pemimpin yang bertopengkan agama.
Isu masyarakat yang terlalu taksub kerana pemikiran telah diracuni, tidak boleh dianggap remeh atau sebagai isu terpencil.
Sejarah negara memberitahu kita, bagaimana kerana ketaksuban yang melampau, telah berlaku beberapa tragedi berdarah yang mengorbankan nyawa.
Tragedi 13 Mei 1969 berlaku kerana ketaksuban bangsa yang dimarakkan oleh pemimpin politik yang cauvanis.
Begitu juga dengan Tragedi Memali, ianya berlaku kerana ketaksuban kepada agama yang diselewengkan kebenarannya oleh pemimpin politik yang oportunis.
Apa Respon Pemimpin Terhadap Isu Tersebut?
Timb Menteri Besar Kelantan yang juga Naib Presiden PAS, Nik Amar, dengan mudah membuat kenyataan bahawa kononnya makcik tersebut nyanyuk!!!
“Jika dakwaan itu dibuat pemimpin PAS berjawatan, ia akan menjadi isu besar, tetapi disebabkan ia dikeluarkan warga emas, maka ia bukannya isu”.
“Tidak sepatutnya kita ambil kesempatan”.
“Orang PAS ni ada satu juta lebih…takkan kita nak ambil satu kenyataan dan orang ini (warga emas) tiada apa-apa jawatan”.
“Macam mana kalau saya kata orang Umno merompak, orang Umno tak betullah”.
“Jangan terlalu kita ni murah menggunakan isu murahan untuk berpolitik,” kata Nik Amar.
@acik.mantera
Soalan penulis kepada Nik Amar, adakah kenyataan Ketua Pemuda PAS Sik ini juga boleh tidak boleh dianggap sebagai isu?
Bukankah beliau pemimpin muda yang berjawatan di dalam PAS?
Sikap Pemimpin PAS Berlepas Tangan
Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, pula berkata, sekiranya kenyataan itu datangnya dari pemimpin PAS di peringkat pusat, maka ianya adalah satu isu.
Tetapi kerana ianya datang dari ahli biasa, maka ianya bukan isu.
Beliau juga mengakui dahulu pernah berlaku isu kafir mengkafir, tetapi sekarang sudah selesai dan tidak seharusnya dibangkitkan lagi.
@acik.mantera
Bagaimana pula dengan tulisan Zulkifli Ismail di dalam buku Ancaman Bahaya Sekularisma yang membatalkan syahadah orang yang menjunjung perlembagaan negara?
Bukankah membatalkan syahadah orang Islam itu bermaksud mengkafirkan?
Serta bukankan Zulkifli Ismail itu adalah Timbalan Ketua Dewan Ulamak Pusat?
Kesimpulan yang boleh penulis ambil ialah, pemimpin PAS hanya memperalatkan penyokong mereka.
Apabila menjelang pilihanraya, penyokong PAS digunakan untuk memperlihatkan pemimpin PAS mempunyai sokongan dan pengaruh yang besar.
Tetapi apabila penyokong melakukan kesilapan, bukan teguran atau nasihat yang diberikan.
Tetapi penyokong PAS akan dibiarkan begitu sahaja, malah lebih teruk dari itu, mereka akan dihina oleh pemimpin yang mereka sokong!!!
Di Syorkan Untuk Anda:
- SPRM Cuba Kesan Menantu Muhyiddin Yang Di Syaki Melarikan Diri Ke Luar Negara
- Apa Yang UMNO Kelantan Buat Selama 3 Dekad?
- Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Keluar Parti
- Sudah Sampai Masanya Tindakan Di Ambil Ke Atas Pemimpin PAS Yang Ekstrim