Liga Super: Terengganu FC mudah tewaskan Kelantan United 4-1

Liga Super: Terengganu FC mudah tewaskan Kelantan United 4-1

Liga Super: Terengganu FC mudah tewaskan Kelantan United 4-1
Sonny Norde (kanan) cuba melepasi kawalan Abdul Latiff Suhaimi (kiri) pada perlawanan Liga Super antara Kelantan United FC menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi. FOTO oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

KOTA BHARU – Terengganu FC menang bergaya selepas membenam Kelantan United FC (Kelantan United) 4-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Sang Penyu terlebih dahulu membuka jaringan apabila dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain pertahanan Kelantan United yang disudahkan dengan sempurna oleh Ivan Namut pada minit ke-29.

Memasuki minit-minit akhir, Terengganu FC semakin bersemangat melancarkan serangan ke kubu tuan rumah, namun tiada jaringan dapat dihasilkan dan kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat babak pertama.



Terengganu FC yang belum berpuas hati dengan kelebihan satu gol menggandakan asakan ke kubu tuan rumah sebaik bermula babak kedua untuk mencari gol tambahan.

Kerapuhan benteng Sang Kijang Hijau ketika ghairah melancarkan serangan ke kubu lawan terhukum apabila Terengganu FC melancarkan serangan balas pantas sekali gus membolehkan pemain sayap, Sony Norde merembat masuk gol kedua pada minit ke-72.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bukan Muhyiddin Tak Nak Dedah Lokasi Menantu, Tapiii…


Ketika perlawanan memasuki minit ke-84, gawang tuan rumah sekali lagi dirobek Sang Penyu melalui sepakan lencong pemain tengah, Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd. Lazim yang melepasi jangkauan penjaga gol, Mohd. Shahril Sa’ari.



Dua minit berselang, Kelantan United berjaya memperoleh gol pertama apabila pemain penyerang, Ismaheel Akinade memanfaatkan peluang dari situasi kelam kabut di hadapan pintu gol pasukan pelawat.

Derita Kelantan United belum berakhir apabila pelawat sekali lagi merobek gawang mereka melalui rembatan pemain sayap Terengganu FC, Muhammad Hakimi Abdullah pada masa kecederaan.

Keputusan 4-1 itu menyaksikan Kelantan United turun ke tangga ke-13 manakala Terengganu FC naik ke kedudukan keenam carta Liga Super. – KOSMO! ONLINE

Liga Super: Terengganu FC mudah tewaskan Kelantan United 4-1


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Bukan Muhyiddin Tak Nak Dedah Lokasi Menantu, Tapiii…

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button