Selangor kini ‘raja’ derbi Lembah Klang

Selangor kini ‘raja’ derbi Lembah Klang

Selangor kini ‘raja’ derbi Lembah Klang
PERTAHANAN Selangor, Harith Haiqal (kanan) meraikan jaringannya bersama Mukhairi Ajmal di pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi. – ihsan Selangor FC

PETALING JAYA – Selangor mengesahkan status sebagai raja derbi Lembah Klang apabila menewaskan Kuala Lumpur City 2-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Ia adakan kejayaan kedua Red Giants ke atas KL City dalam saingan Liga Super musim ini, raih kemenangan 3-1 pada aksi pertama di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, 31 Mac lalu.

Keputusan itu juga mengukuhkan kedudukan Selangor di tangga kedua dengan 43 mata, berkelebihan tiga mata berbanding Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang masih kurang satu pelawanan.



Kedua-dua pasukan memulakan perlawanan dengan cukup berhati-hati sehinggalah pada minit ke-23 yang menyaksikan rembatan deras Yohandry Orozco dari luar kotak penalti menggegar palang gol KL City.

Ketika The City Boys masih lagi tenang, Red Giants tampil agresif dengan corak tekanan tinggi dan minit ke-32 segala kerja keras tuan rumah membuahkan hasil apabila Harith Haiqal Adam Afkar meledak gol pembukaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bukan Muhyiddin Tak Nak Dedah Lokasi Menantu, Tapiii…




Satu-satunya peluang terbaik KL City hadir pada minit ke-39 sebaliknya tampanan dilakukan ketua pasukan, Paulo Josue tidak menepati sasaran.

Skrip hampir sama terus dihidangkan di babak kedua namun minit ke-70 Selangor sepatutnya mampu menambah gol kedua sebaliknya penjaga gol KL City, Kevin Ray Mendoza bertindak cemerlang untuk menyekat rembatan deras Orozco dalam kotak penalti.

Minit ke-75, berpunca percubaan Mukhairi Ajmal Mahadi yang terbias di kaki Matko Zirdum membuka peluang buat Ayron Del Valle menambah gol kedua sekaligus mengesahkan tiga mata buat tuan rumah. – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button