Dini Schatzmann Akui Duit Banyak Habis Setelah Berkahwin Dengan Janna Nick

Kini Bakal Berpindah Ke Rumah Baharu

Dini Schatzmann Akui Duit Banyak Habis Setelah Berkahwin Dengan Janna Nick

Dini Schatzmann Akui Duit Banyak Habis Setelah Berkahwin Dengan Janna Nick
Dini Schatzmann Akui Duit Banyak Habis Setelah Berkahwin Dengan Janna Nick

Selepas hampir dua bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Dini Schatzmann bersama isterinya yang juga pelakon, Janna Nick bakal berpindah ke rumah baharu sekitar penghujung bulan ini.

Dini atau nama lengkapnya Dini Azan Schatzmann, 28, berkata, dia bersama Janna akan berpindah ke rumah baharu mereka yang dibeli di sekitar Kuala Lumpur sahaja.

Pelakon berdarah kacukan Melayu-Switzerland itu memberitahu, dia kini perlu bekerja keras kerana telah banyak berhabis ketika majlis pernikahannya pada Jun lalu.



Dini Schatzmann Akui Duit Banyak Habis Setelah Berkahwin Dengan Janna Nick

“Fokus sekarang, selain berpindah ke rumah baharu, saya dan Janna perlu bekerja keras sebab duit dah banyak keluar ketika berkahwin.

“Jadi sekarang masa untuk kembali bekerja keras. Insya-Allah selepas ini akan ada cahaya mata pula. Semua itu memerlukan duit,” katanya.

Dini yang ditemui semasa sidang media dan tayangan perdana filem Malbatt: Misi Bakara turut berkongsi kehidupannya selepas bergelar seorang suami.



Kata pelakon drama Cik PA Tuan Ash itu, tidak banyak perubahan yang berlaku pada dirinya selepas bergelar suami memandangkan dia dan juga Janna menjalani kehidupan seperti biasa.

“Apa yang berubah, bila balik rumah kami akan meluangkan masa bersama-sama. Bangun pagi, ada isteri di sisi.

“Selepas berkahwin, kami pun tidak merancang untuk memperlahankan kerjaya seni masing-masing,” jelasnya.

Terdahulu, Dini dan Janna sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Masjid Aisyah di Pulau Langkawi, Kedah pada 10 Jun lalu.



Pasangan sejoli itu dinikahkan oleh bapa Janna sendiri, Muner Abdullah bersaksikan Pengerusi Masjid Aisyah, Othman Yahya serta sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri dan Amar Fikri.

Pada majlis pernikahan tersebut, Dini turut menyerahkan mas kahwin RM2,703 kepada Janna dan seutas rantai emas.

Jumlah mas kahwin tersebut dipilih sebagai simbolik kepada tarikh perkenalan mereka iaitu pada 27 Mac 2019

Dini Schatzmann Akui Duit Banyak Habis Setelah Berkahwin Dengan Janna Nick


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Antara Anwar Dan Muhyiddin, Siapa Penipu Nombor Wahid



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button