New York larang penggunaan plastik sekali guna
New York larang penggunaan plastik sekali guna

New York: New York, bandar raya paling ramai penduduk di Amerika Syarikat (AS), memperkenal sekatan baharu untuk mengurangkan sisa plastik sekali guna dalam pesanan bawa pulang, berkuat kuasa pada Isnin.
Di bawah peraturan baharu itu, restoran dan perkhidmatan penghantaran di bandar itu tidak dibenarkan menyediakan peralatan plastik, paket perasa, napkin atau bekas tambahan dalam pesanan bawa pulang dan penghantaran, melainkan pelanggan memintanya, lapor Xinhua.
Ini bermakna restoran tidak lagi secara automatik memasukkan bekas plastik, pisau dan garpu, paket mayo, sos, serta sos tomato dalam pesanan tanpa permintaan pelanggan.
Langkah baharu itu yang bertujuan mengurangkan sisa plastik sekali guna dibuat berikutan pelaksanaan undang-undang “Skip the Stuff” yang ditandatangani oleh Datuk Bandar New York Eric Adams awal tahun ini.
Tempoh amaran mengenai peraturan tersebut berakhir pada 30 Jun 2024, dan denda akan dikeluarkan jika berlaku pelanggaran.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Belum berkuasa pun PAS sudah makan kawan, Tuan Ibrahim elok cermin diri sendiri
- Harisson Hassan calon bakal MB Selangor?
Mereka yang melanggar sekatan akan berdepan hukuman, bermula dari AS$50 untuk kesalahan pertama, AS$150 untuk kesalahan kedua dan AS$250 untuk kesalahan ketiga.
Menurut data yang dipetik oleh Jawatankuasa Perlindungan Pengguna dan Pekerja Majlis Bandaraya New York, lebih daripada 320 juta tan plastik digunakan di negara ini setiap tahun, dengan 95 peratus daripadanya adalah sekali guna, dan daripada plastik sekali pakai tersebut, hanya 14 peratus dikitar semula.
New York larang penggunaan plastik sekali guna
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ketua UMNO Bahagian Bera ‘Berkempen’ Di DUN Senaling
- Benarkah MIC Arahkan Ahli Supaya Tidak Bantu Calun PH?
- Di Mekah pun Haji Hadi sanggup menipu , kata Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :