Panjat bumbung, rempuh penguat kuasa cubaan PATI untuk lolos

Panjat bumbung, rempuh penguat kuasa cubaan PATI untuk lolos

Panjat bumbung, rempuh penguat kuasa cubaan PATI untuk lolos
Sebahagian PATI yang ditahan dalam serbuan di sekitar Manjung. – Foto ihsan Jabatan Imigresen

MANJUNG: Pelbagai helah digunakan pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk meloloskan diri ketika serbuan pihak berkuasa termasuk sanggup memanjat bumbung, bersembunyi di sebalik pintu serta ada yang merempuh anggota bertugas.

Gelagat itu dikesan ketika pemeriksaan sempena Ops Sapu, Selera, Kutip dan Belanja dijalankan Jabatan Imigresen di sekitar premis perniagaan dan kawasan perumahan di sekitar daerah ini, kelmarin dengan 104 warga asing diperiksa.

Pengarah Imigresen Perak, Hapdzan Husaini, berkata dalam operasi enam jam bermula 6.30 petang itu, 90 PATI membabitkan pelbagai kerakyatan yang berusia antara setahun hingga 50 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan.



“Mereka yang ditahan termasuk 24 wanita membabitkan 45 warga Indonesia, diikuti Myanmar (26), Bangladesh (14), Nepal (dua), India (dua) dan seorang Pakistan.

“Ketika pemeriksaan, beberapa warga asing cuba mengelak dengan melarikan diri, selain ada yang memanjat bumbung dan bersembunyi di sebalik pintu bilik. Ada juga beberapa orang warga asing merempuh anggota operasi yang membuat kepungan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Antara Azmin Ali dan Harisson, ‘Skandal’ siapa lebih besar?




“Bagaimanapun cubaan mereka untuk meloloskan diri berjaya dipatahkan,” katanya.

Semua warga asing terbabit ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah, selain Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa.

Mereka juga disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat Pas Lawatan dengan bekerja secara tidak sah, selain mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan juga di bawah Akta Pasport 1966.

“Siasatan juga akan diteruskan ke atas pemilik kediaman dan premis perniagaan yang membenarkan PATI berada dalam premis mereka,” katanya.



Panjat bumbung, rempuh penguat kuasa cubaan PATI untuk lolos


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

BERSATU perlu terima hakikat PAS lebih dominan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button