Daim akan ‘heret’ siapa dalam siasatan SPRM?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Daim akan 'heret' siapa dalam siasatan SPRM?

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin disahkan akan disiasat berhubung dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram oleh SPRM.



Ramai pemerhati politik memerhatikan kaitan kes serta dakwaan terhadap Daim dan siapa yang akan beliau ‘heret’ dalam siasatan tersebut.

Ini berikutan satu siasatan yang telah dibuka berkaitan dengan pengambilalihan saham membabitkan dua syarikat tersenarai berjumlah RM2.34 bilion.

Siasatan turut membabitkan pengambilalihan saham Renong Berhad sebanyak 32.6 peratus ekuiti oleh UEM Group dan penyitaan Menara Ilham.

Menara Ilham pernah menjadi tempat pertemuan Majlis Penasihat Kerajaan, yang ditubuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada 2018.



Daim akan 'heret' siapa dalam siasatan SPRM?

Daim ketika itu mengetuai Majlis Penasihat Kerajaan atau dikenali sebagai ‘Council of Elder’s’ tersebut bersama bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Aziz dan jutawan gula, Robert Kuok.

Bagaimanapun, SPRM mengesahkan aktiviti serta operasi harian dalam bangunan tersebut berjalan seperti biasa tanpa halangan.

Ramai menjangkakan Daim akan ‘mengheret’ Tun Mahathir dalam siasatan SPRM berikutan beliau ada dikaitkan dengan khabar angin memiliki bank-bank di luar negara ketika zaman pemerintahan Mahathir sebagai Perdana Menteri Ke-4.



Daim akan 'heret' siapa dalam siasatan SPRM?
KYDMM Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Tidak dapat dipastikan samada siasatan terhadap Daim mempunyai hubungan dengan Titah DYMM Sultan Johor yang mencadangkan  agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Syarikat Petroleum Nasional (Petronas) melaporkan terus kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ini berikutan tulisan Tun Mahathir yang ‘mengkritik’ cadangan KYDMM Sultan Johor dan mengingatkan mengenai Raja Berpelembagaan.

Gandingan Mahathir dan Daim seringkali dikaitkan dengan ‘sesuatu’ yang melibatkan kewangan dalam skala besar tetapi sehingga kini tidak dapat dibuktikan.

Namun demikian, siasatan SPRM kali ini dipercayai telah melalui proses yang cukup sempurna dan berbekalkan bukti yang cukup kuat untuk Daim didakwa di Mahkamah.



Rujukan – SPRM SIASAT HARTA DAIM

 

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading