Sherry Alhadad Akui Rasa Tidak Cantik Dan Malu Dengan Lelaki

“Ada Lelaki Cuba Dekat Dengan Saya Tapi…”

Sherry Alhadad Akui Rasa Tidak Cantik Dan Malu Dengan Lelaki

Sherry Alhadad Akui Rasa Tidak Cantik Dan Malu Dengan Lelaki
Sherry Alhadad Akui Rasa Tidak Cantik Dan Malu Dengan Lelaki

Pengacara dan pelakon, Sherry Alhadad akui sering berasa rendah diri dan tidak mempunyai keyakinan diri setiap kali berhadapan dengan lelaki.

Menurut Sherry, walaupun dirinya tidak cantik seperti wanita ideal yang lain dia masih mahu menonjolkan dirinya dalam sisi berbeza iaitu melalui personaliti diri.

Saya seorang yang sangat berkeyakinan di atas pentas, dalam televisyen atau berjumpa dengan orang.



Tapi bila dengan lelaki, saya jadi pemalu dan rendah diri.. rasa sangat kecil. Sebab itulah saya mash belum bertemu jodohnya lagi.

Saya rasa saya tak cukup cantik yelah sebab kita pun dah tahu kalau wanita lawa idealnya begini, bentuk badannya begitu, saya selalu rasa tak tergolong dalam kelompok tu.

Saya fikir saya tak berapa cantik, jadi untuk buat orang sekeliling saya ok dengan saya, saya lebihkan personaliti diri sendiri contohnya but komedi.

Bila saya dengan lelaki, selalu rasa rendah diri sampai rasa macam tak cukup semuanya.



Sherry yang berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di majlis sidang media B.A.R.I.S.T.A. Misi Terpaling Sulit, minggu lalu.

Sherry Alhadad Akui Rasa Tidak Cantik Dan Malu Dengan Lelaki

 

Dalam pada itu, Sherry turut berkata kali terakhir dia bercinta adalah sewaktu di zaman Aswara sebelum mengalami kekecewaan dalam percintaan.

Malah, pengacara itu juga mengimpikan seorang lelaki yang dapat menghormati ibu bapanya dan tidak menafikan ramai yang cuba mengenalinya namun dirinya terlalu sibuk bekerja .



Ada lelaki yang cuba dekat dengan saya tapi saya terlalu sibuk, dan bila dah mengenali mungkin kami tak serasi.

Sepi tu adalah, mesti kita nak cari teman hidup. Ada rakan-rakan yang cuba kenenkan, saya kenal sendiri pun ada.. mungkin masa belum tiba lagilah.

Walaupun dengar pelbagai kisah dalam rumah tangga, tapi saya tetap nak berkahwin sebab setiap orang melalui pengalaman yang berbeza.

Saya mahu yang hormat ibu bapa, yang bole menjaga saya.. persefahaman it pada saya penting.



Insya-Allah, saya tak henti berdoa.. say memang ada cita-cita untuk berkahwin, ada suami, anak-anak. tapi belum sampai masanya apapun saya sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah berikan.

Kredit: Xtra


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Buktikan Harvard Tidak Sama Dengan Oxford




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading