Buah pinggang babi berfungsi dalam badan manusia selama sebulan

Buah pinggang babi berfungsi dalam badan manusia selama sebulan

Buah pinggang babi berfungsi dalam badan manusia selama sebulan
PEMINDAHAN itu dilakukan lebih sebulan lalu, dan buah pinggang terus berfungsi, kata para penyelidik. FOTO AFP

Washington: Pakar bedah di Amerika Syarikat (AS) mengatakan buah pinggang babi boleh berfungsi dalam tubuh manusia selama lebih daripada sebulan.

Bloomberg melaporkan, pakar bedah itu yang memindahkan buah pinggang babi diubah suai secara genetik kepada pesakit mati otak bahawa organ itu masih berfungsi dengan baik selepas 32 hari.

Pesakit berusia 50 tahun itu menghadapi kecederaan buah pinggang dan mempunyai sejarah penyakit tahap akhir, namun organnya menghasilkan air kencing tidak lama selepas pemindahan itu, menurut penyelidik di NYU Langone Health, New York.



Pakar bedah berkenaan pada Rabu menyifatkan ia satu langkah penting dalam usaha untuk menutup jurang pendermaan organ.

Prosedur eksperimen terkini adalah sebahagian daripada bidang penyelidikan yang semakin berkembang bertujuan memajukan pemindahan rentas spesies, menguji teknik pada badan sudah didermakan untuk sains.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerana Zeti banyak “tak tahu”, Mahathir dipanggil Mahkamah.




Terdapat lebih daripada 103,000 pesakit menunggu organ daripada penderma di AS dengan 88,000 daripadanya memerlukan buah pinggang.

“Kami mempunyai buah pinggang babi yang disunting secara genetik yang masih berfungsi selama lebih sebulan dalam manusia.

“Saya rasa ada kisah sangat menarik wujud pada ketika ini yang saya fikir harus memberi jaminan lanjut mengenai memulakan beberapa kajian awal… dalam manusia yang hidup,” kata Pengarah Institut Pemindahan Langone Universiti New York (NYU), Robert Montgomery, kepada pemberita.

Montgomery menjalankan pemindahan buah pinggang babi yang diubah suai secara genetik pertama kepada manusia pada September 2021, diikuti dengan prosedur serupa pada November 2021.



Sejak itu terdapat segelintir kes lain, dengan semua eksperimen dijalankan selama dua atau tiga hari.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hadi Dan Muhyiddin Masih Lagi Bermimpi Selepas PRN 6


“Pasukan NYU Langone kini mengumpulkan lebih banyak bukti untuk menunjukkan bahawa, sekurang-kurangnya dalam buah pinggang, hanya menghapuskan gen yang mencetuskan penolakan hiperakut mungkin mencukupi bersama-sama dengan ubat imunosupresif yang diluluskan secara klinikal untuk berjaya menguruskan pemindahan pada manusia untuk prestasi optimum, berpotensi dalam jangka panjang,” kata Montgomery.



Mereka juga membenamkan kelenjar timus babi – yang terletak di sekitar leher dan bertanggungjawab untuk sistem imun – di lapisan luar buah pinggang.

Buah pinggang babi berfungsi dalam badan manusia selama sebulan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Buktikan Harvard Tidak Sama Dengan Oxford



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading