Nahas treler bawa tembikai dan simen, dua pemandu maut
Nahas treler bawa tembikai dan simen, dua pemandu maut
TAPAH: Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 317.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, dekat sini, petang tadi.
Nahas dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) pada jam 5.12 petang itu membabitkan masing-masing sebuah treler membawa muatan tembikai dan simen serta sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Pemandu kedua-dua treler disahkan maut oleh petugas ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda cedera dan dihantar ke Hospital Tapah untuk rawatan.
Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon dalam satu kenyataan, memaklumkan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima laporan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tapah , Superintendan Mohd. Naim Asnawi menasihatkan pengguna lebuh raya berkenaan menggunakan jalan alternatif untuk menghala ke utara.
Nahas treler bawa tembikai dan simen, dua pemandu maut
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Taufiq Ayman Seorang Yang Pandai Menyimpan Rahsia Dari Isteri, Ada Apa Apa Ker?
- Mengapa Pertuduhan Mahiaddin Di Batalkan?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Buktikan Harvard Tidak Sama Dengan Oxford