PAS Sudah Bersedia Ambil Alih PN

PAS Sudah Bersedia Ambil Alih PN

PAS Sudah Bersedia Ambil Alih PN

Sebenarnya berita tentang rasa tidak puas hati pemimpin PAS ke atas Muhyiddin telah sampai ke pengetahuan penulis sudah lama.

Ianya bermula dari sikap Muhyiddin yang secara angkuh menolak cadangan DYMM SPB YDP Agong supaya PN berkerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan pusat.

Menurut maklumat dalaman PAS, Hadi Awang sendiri terkejut dengan keputusan Muhyiddin ketika itu.



Hadi merasakan itu adalah peluang terbaik untuk PAS menguasai kerajaan pusat dalam keadaan PAS sudah menguasai 4 kerajaan negeri.

Tetapi keputusan yang kurang bijak dari Muhyiddin, sangat mengecewakan bukan sahaja Hadi, malah mejoriti pemimpin PAS yang lain.

Isu kedua adalah keluhan ahli PAS dalam gerak kerja jentera pilihanraya.

Ahli PAS yang menjadi jentera pilihanraya merasakan mereka diperkudakan atau dibuli oleh oleh jentera PPBM yang dianggap angkuh.



Kebanyakan kerja dari culaan pengundi, memasang bendera dan poster hingga ke hari pengundian dilakukan oleh ahli PAS, terutamanya Muslimah PAS.

Manakala jentera PPBM dikatakan hanya tahu mengeluarkan arahan.

Sedangkan bagi jentera PAS, realitinya adalah PPBM sebenarnya yang memerlukan bantuan jentera PAS dan bukan sebaliknya.

Ramai antara jentera PAS akhirnya merasa bosan dengan sikap angkuh jentera PPBM.



Jadi, tidak peliklah apabila dalam PRU 15 dan juga PRN 6 negeri, PAS lebih banyak menang berbanding dengan PPBM.

Juga tidak pelik, apabila Hadi dan beberapa pemimpin PAS berjumpa dan berbincang dengan Dr Mahathir tanpa memberitahu Muhyiddin.

Kini di peringkat pusat, jumlah kerusi yang dimenangi PAS lebih banyak dari PPBM.

Di peringkat negeri pula, PAS kini menguasai 4 kerajaan negeri, manakala PPBM tidak mempunyai sebarang negeri yang mereka kuasai.



Tanpa PAS, PPBM hanyalah parti picisan yang hanya menunggu masa untuk rebah.

Sekiranya dahulu, PAS banyak bergantung kepada PPBM dalam banyak aspek, kini keadaan sudah bertukar.

Malah khabar angin bertiup kencang, gerakan sedang disusun oleh PAS untuk mengambil alih kepimpinan PN.

Cuma menunggu masa yang sesuai.



 

PAS Sudah Bersedia Ambil Alih PN

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button